Azizi & Ayu

Azizi & Ayu

Jumaat, 16 Januari 2009

AmBik kaU !!!

Petugas kaunter Mara tak mesra pengguna

SAYA merupakan salah seorang daripada ramai yang beratur untuk mengambil borang Skim Pelajar Cemerlang (SPC) anjuran Mara baru-baru ini.

Setelah ia diiklankan pada hari Ahad di dada-dada akhbar terkemuka negara, saya yang merupakan pelajar tahun ketiga Ijazah Kedoktoran Falsafah di sebuah Universiti terkemuka negara, pergi untuk mendapatkan borang permohonan tersebut, beserta sijil-sijil yang dikehendaki.

Apabila tiba di Bahagian Penganjuran Pelajaran Mara di Jalan Raja Laut, masih tidak ramai pemohon yang beratur untuk mendapatkan borang tersebut. Saya merupakan orang kelima pada pagi tersebut. Apabila tiba giliran saya, saya menerangkan mengenai tujuan saya, untuk memohon SPC bagi pengajian saya di peringkat PhD.

Setelah menunjukkan segala sijil yang dikehendaki (seperti yang diiklankan), amat memeranjatkan saya apabila petugas di kaunter Bahagian Penganjuran Pelajaran tersebut dengan angkuh menyatakan: "SPM tak cukup kredit ada hati nak apply PhD... memang sah Mara takkan lulus application you..."

Ingin saya nyatakan bahawa saya telah mempunyai kelayakan akademik lebih daripada SPM. Semasa memohon untuk perjawatan dalam kerajaan, kelayakan akademik yang terakhir diambil kira, bukannya SPM.

Kerajaan mahukan golongan bumiputera maju dalam akademik serta ekonomi, namun jika terdapat agensi sebegini, janganlah dipersalahkan bumiputera kerana 'tidak mengambil langkah yang betul'.

Rata-rata peminjam atau prausahawan yang ingin memohon skim Mara menghadapi masalah kerana layanan sebegini, dan ini akan menambahkan beban rakyat, yang kini berhadapan dengan kemelesetan ekonomi.

Saya amat berharap agar Mara bersikap mesra pengguna. Saya juga ingin memohon penjelasan Mara serta Kementerian penaung (MeCD) berkenaan kerumitan ini dan sikap mereka yang bekerja dengan Mara, serta permohonan maaf bertulis atas kejadian yang memalukan yang terjadi kepada saya.

Harapan saya juga agar pihak yang berkenaan dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi membantu mereka (pelajar dan prausahawan) yang ingin mengejar cita-cita untuk berjaya pada masa hadapan dengan memudahkan proses permohonan mereka.


PEGAWAI KERAJAAN
Kuala Lumpur



** MaYa_LiStRiKs *
..:: HaK CipTa tErpELihaRa ..::

Tiada ulasan: