Azizi & Ayu

Azizi & Ayu

Khamis, 22 Januari 2009

KaMpuNG kU tERgaDai

Isu rumah terbengkalai Bukit Botak diberi perhatian


KUALA LUMPUR 4 Mac - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer, Datuk Subahan Kamal berjanji akan menyelesaikan masalah rumah terbengkalai di Kampung Bukit Botak, Selayang.


Menurutnya, beliau akan memastikan projek perumahan kos rendah di kawasan seluas 56 hektar itu disiapkan dengan segera oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
"Saya sedar masalah ini sudah berlarutan begitu lama iaitu sejak 2001 dan rumah yang dibina menjadi terbengkalai kerana salah memilih kontraktor membangunkan kawasan tersebut.
"Hanya pada 2005 PKNS mengambil alih sebahagian daripada pembangunan tersebut dan terpaksa menanggung semua masalah yang wujud,'' katanya di sini, hari ini.


Beliau mengulas keluhan 1,115 keluarga setinggan yang masih ditempatkan di kediaman sementara termasuk 548 keluarga yang terpaksa menyewa apabila perkampungan setinggan mereka dirobohkan untuk dibangunkan dengan rumah kos rendah.
Bagaimanapun, projek tersebut terbengkalai menyebabkan penduduk terbabit terpaksa terus tinggal di penempatan sementara atau menyewa rumah.
Mereka yang menyewa dijanjikan subsidi wang sewa rumah sebanyak RM300 sebulan tetapi kontraktor gagal memenuhi janjinya itu.


Bagaimanapun, kemelut yang melanda 548 penduduk setinggan itu berakhir semalam apabila PKNS menjelaskan tunggakan sewa rumah berjumlah RM1.26 juta.
Penyerahan cek kepada semua penduduk terbabit telah disempurnakan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo di sini, semalam.
Subahan berkata, kerajaan negeri sentiasa berusaha menyelesaikan projek terbengkalai di negeri itu dengan mencari syarikat yang boleh menyambung projek tersebut.


Bagaimanapun, katanya, ada sesetengah projek mengambil masa yang lama untuk dipulihkan kerana terikat dengan prosiding mahkamah dan bank.
"Ini membuktikan sikap prihatin kerajaan BN terhadap masalah penduduk setempat dan saya minta seluruh penduduk Kampung Botak tidak risau mengenai masalah yang dihadapi.
"Jika saya diberi mandat sebagai wakil rakyat di kawasan ini, saya akan pastikan projek ini diteruskan dan tidak akan membiarkan masalah itu terus berpanjangan,'' ujarnya.
Subahan berkata, sebanyak 1,130 unit rumah akan dibina di kawasan itu bagi menempatkan kesemua keluarga setinggan yang terbabit.


Katanya, projek itu akan dijalankan secara 'fast track' dan PKNS telah membahagikannya kepada tiga pakej untuk dilaksanakan oleh tiga kontraktor secara serentak.
"Jumlah kontrak bagi kesemua pakej tersebut ialah RM131.58 juta dan ia dijadualkan siap sepenuhnya pada Januari 2010,'' ujarnya.


mOtiFnyEr :- iNgaTLaH OraNg - Orang yaNG sERDehaNa ..




** MaYa_LiStRiKs *
..:: HaK CipTa tErpELihaRa ..::

Tiada ulasan: