Azizi & Ayu

Azizi & Ayu

Rabu, 30 Jun 2010

Mencik Sungguh !!

sejuknyer.....mcm nak beku dibuatnyer..
takde perasaan betul dorang ne, bila ejas acon..
dahlah 2 ari ne bdn aku sakit-sakit..
suh member urutkan, die ada show pementasan kat PWTC..psl anugerah APC esok..
keje plak menimbun-nimbun, dah mcm pencacai dibuatnyer..
pagi tadi lipat surat dengan draf surat menimbun-nimbun..
petang ne cari nombor slot tuk proses stock teck fail..
dah naik juling mata ne dibuatnyer...setengah ari mengadap sistem SMBM kat pc..
buhsan....... ~~~~ !!!!.. tulun......


p/s : adeh tejuk2 ne asyik nak tencing je, jamban tu dh naik meluat tgk tut aku....hahahahah

Selasa, 29 Jun 2010

Hanya Kerak Nasi Untuk Mak

Cerita dari seorang kawan : Cerita betul yg meyayat hati?.

Hari ini semua adik beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah beraya di kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya ,ibu gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang nanti. Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari. Aku minta untuk membantu, "tak payah" katanya "biar mak yang buat nanti lain rasanya". Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan mak nak juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yang baru nak merayakan aidilfitri bersamanya.

Aku tahu disudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak lelakinya tak beraya bersama di pagi raya..tetapi langsung tidak ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya. Terhinjut-hinjut mak kesana ke mari mengambil bahan-bahan
nasi goreng. bukan main khusyuk dan bersungguh cuba menyediakan juadah yang semampunya.

Bila semuanya dah sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng mak untuk abang dan kakak yang tiba dengan anak-anak mereka. Semuanya pakat menjamu selera..memang berselera semua sukakan nasi goreng mak..mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya..Dalam tak sedar nasi dah hampir habis. Terdetik dihatiku..." ahhh mak belum makan apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu"...seraya tu abang ku bertanya 'siapa tak makan lagi nasi ni'. Aku menjawab ' mak belum makan apa lagi tu' Mak dengan bersungguh menjawab " Ehh mak tak mau...tak lalulah nasi goreng, nak makan roti ja sat lagi'...dua tiga kali kami pelawa begitu juga jawabnya. Kata ku dalam
hati." oohh mungkin juga mak nak makan roti sebab nak kawal penyakit diebetisnya" ....

Bila semua dah pulang..aku lihat mak terhinjut-hinjut kedapur..lantas aku tanya 'mak nak apa..nak ambilkan.'. ' takpa nak rasa ni sikit'. Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku.......bila kulihat mak rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali untuk dimakan. Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya. ..zaman sekarang pun masih ada ibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua kenyang. Aku benar-benar kalah dengan apa yang aku saksikan.. YA RABBI Engkau peliharalah Ibu, Ampunilah Dosanya, Berilah kekuatan pada anak-anaknya
untuk membalas jasa ibu yang tak terhingga.

AMINN

Isnin, 28 Jun 2010

IKBN, Dusun Tua, Selangor

Hari menghitung hari, bulan menghitung bulan, 5/7 ne adik kesayangan aku akan melanjutkan pelajaranyer di IKBN, Dusun Tua, Selangor, selama 2 tahun, rasa sedih bila die nak pegi, masa mula-mula dapat surat tawaran aritu, beria-ria aku suh die pegi, hasut die mcm-mcm, bila die dah terima tawaran tu, rasa windu mencekam didada, seolah-olah aku tak boleh berpisah dengan die, mana taknyer dielah wira dalam rumah tu, klu xde die sure aku gan mak aku ketakutan diwaktu malam dan hari-hari berikutnya, tingkat rumah aku sunyi, jiran sebelah pun tinggal dijohor, depan rumah tiada penghuni nak harap sebelahnya jarang-jarang ada dirumah, hope sangat-sangat semuanya dalam keadaan selamat, dan paling aku terasa dan teramat-amat sedih sekali, bila diwaktu aku didalam kesulitan dengan dielah tempat aku memerlukan pertolongan, die tak penah mengeluh dan membantah walau diarah kemana-mana, sangup bangun pagi menghantar dan menjemput aku apabila balik dari keje..



Sebagai seorang akak mana nak tengok adiknya susah diwaktu kelak, die lelaki, tanggungjawab die besar klu suatu hari nanti die digelar sebagai seorang suami, aku hanya mampu mendoakan agar die mendapat kejayan dunia dan akhirat, ikutkan ati tak rela nak hantar die minggu depan, kompom aku akan menangis, aku tak nak tengok die susah ati, nak timba ilmu mesti dalam keadaan tenang, tapi bila fikir balik lepas ne aku akan jarang berjumpa dengan die, entah tiga minggu, sebulan, setahun, ermmm.........tak dapat aku bayangkan, kini tanggungjawab dan perhatian sepenuhnya kepada mak terletak dibahuku, aku tak nak biarkan die bersendirian, insyallah mak sy akan usahan selagi termampu..

Aku mendoakan agar tiada bende-bende yang tidak diingini berlaku, mintak dijauhkan segala musibah walau dimana die berada..amin...tak dapat aku luahkan perasaan ini kepadanya, cukup dengan mencorit warkah syahdu diruang ini, akak sayang sangat-sangat pada adik.. : (

Jumaat, 25 Jun 2010

Kalaulah Binatang Ada Facebook..

Kalau binatang ada fb, agak-agak begini lah komen-komen binatang tersebut kat STATUS yg mcm kowang selalu post tu.......

Cicak : Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih...

Nyamuk : Baru habis ronda rumah Ajoi... kenyang burp, Alhamdulillah. ..Aedes: Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!

Ayam: Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh! ...

Cicak : isteriku tersepit pintu

Kucing Betina: "Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa."

Ayam : Kawan2...kalu esok guwe tak update...bererti guwe udah di goreng....I luv u all... jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa...

Nyamuk: Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS... uwaaaaaaa

Cicak : Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap ... baru beli videocam baru ...

Kucing: Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb!!!

Tikus: Operasi malam ni... selongkar kitchen kabinet... sape nak ikot?

Katak : malam ni nk wat konsert la..da lama x ujan ni..hangat oii..

Ular : rasa mcm nk makan lauk telo la malam ni..mana nk cari ek..

Anjing: Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap malam. Nak tido pun x senang hanjeng punya org.

Kuda: Patah kaki; Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar, sekarang rehat kat kandang.

Kura-Kura: Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babiSiput babi: Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura2

Gagak: Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jelesBurung

Kakak Tua: Penat betul nk ubah stigma masyarakat. Walaupun aku Burung Kakak Tua, tapi aku burung Jantan!!!
Babi Hutan: susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.

Kera: semalam GF aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah

Tikus: Aku makan mee goreng mamak kat Al Naz maju@precint 9. Meh la join sekali.

Lalat: Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.

Sotong: Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut

kucing : update petang karang tepat jam 5.00pm slow ngendap ala2 pink panther nyurik ikan bawal kepunyaan kak lela majnun. ..

Lipas : merasmikan pengunaan kepak baru sekali bila dikembangkn. ..gerun tengok mmber aku kene tarik dgn jeli2 panjang kepunyaan cik cicak..eee seram nyeee....

Itik Serati : hahahhaa lawak2 ayam serama tu ade hati jalan tersengguk2. ...nk tiru aku le tu.. lol....

Ikan Laga: Boring sey, duduk sorang2 dalam tanki ni.

Ikan Parang: Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan bekas keropok.

Ikan Jerung: Kenapa x de sorang pun nak add/approve aku. :-(

Ikan Sepat: Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Al Fatihah

Ikan Bilis: Wah ramainya kawan kita. Tahniah remy, ko kawan aku yang ke 5000.

Ikan Arowana: Cantik tak sisik I? Cantik kan ?

Ikan Mas Koki: macam mana nak kurus nie?

p/s : hahahhahah.....sungguh gilak !!

Jumaat, 18 Jun 2010

Happy Birthday Dear...


Happy Birthday!

My ALLAH Bless U Always ...

My Ur Dream Comes True ...

Enjoy Ur Day Lurv U Always ...

Miss U Always AZLAN B. JUMADI ..

Khamis, 17 Jun 2010

Perasaan Marah Dan Sedih Menyelebungi

Pagi ne tiba2 mud aku tak berapa elok perasaan marah dan sedih menyelebungi...
nak kata kene marah, ermmm tak de plak...
nak kata punch lewat, ermm tak juga tapi pagi tadi mmg terbangun lewat...
pelik..pelik...
inilah sikap seorang wanita penuh dengan persoalan ...

semalam,
key ko sempoi tapi aku rasa ko tak hepy dengan hidup ko...
tapi ko kene cari hepy ko key, tak adil dengan ko dan famly ko...
( mcm mana org luar boleh tahu semua itu, sedangkan aku sendiri tak penah terfikir )

Rabu, 16 Jun 2010

Cina Laknat !!

Semalam pas balik keje mak kirim belikan kacang tanah, keropok n minyak masak…tiba di nsk semua arahan dilaksanakan..tiba2 satu suara memanggil ku

setan : helo!! akak akak tunggu sekejap

aku : kenapa?

setan : keropok sudah bayar ka? saya mau chek sekejap.. ( dengan muke ketat )

aku : silakan

*** belek punya belek …

setan : ok, sudah bayar, bos saya tadi ingat awk belom bayar.. ( sonyum2 sial )

aku : haya!! barang makan mana boleh tak bayar, berdosa….haya!!

setan : soly arrr soly…!!

aku : lu buat muke wa banyak malulah woo…. wa bukan muka curik punya olang….( hati menyirap bagai di simbah esid )

Memang mangkuk betul…tanyalah kat kauter bayaran dulu, semak sama ada aku dah bayar ke belum..ne main tibai je…hiss sib baik manusia bernyawa..kalau patung cendana maunyer aku terajang laju2….huuuuuu sengal..mencik nak datang sana...tolol..

Khamis, 10 Jun 2010

Ibu ~~

Orang kata aku lahir dari perut .. ibu
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja... aku dekati ibu
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku... ibu
Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..ibu
Bila takut... yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk... yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon... Ibu
Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu... Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu! "
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok... aku cari pasanganku
Bila sedih... aku cari Ibu
Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal... aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku
Bila sibuk... aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine... Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu... aku cuma dapat ucapkan
Selamat Hari Ibu

Selalu... aku ingat pasanganku
Selalu... Ibu ingat kat aku
Bila..bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu... aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku
Renungkan:

Dulu Ibu kata: "Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu?
Ibu bukan nak banyak...
lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata.
Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu.
Aku boleh kirimkan. Kini beliau masih ada..haigailah beliau..

Panduan Menguruskan Stres !!

APAKAH DIA STRES?

Stres adalah reaksi terhadap tekanan yang berlebihan. Ia bukan penyakit. Namun
begitu, jika beban tekanan adalah tinggi dan berlaku dalam jangkamasa yang
panjang, ia boleh menjejaskan kesihatan. Merupakan tindak balas fizikal dan emosi
yang berlaku apabila kehendak kerja tidak standing dengan kemajuan, sumber atau
keperluan pekerja.

PUNCA STRES DI TEMPAT KERJA

Jenis kerja

- kerja yang menjemukan atau kerja yang berulang-ulang
- terlalu banyak kerja dan kurang masa

Tanggungjawab

- tiada tanggungjawab yang jelas (konflik tugas)
- bertanggungjawab terhadap kerja lain selain kerja sendiri

Hubungan rakan sejawat

- komunikasi tidak berkesan
- gangguan kerja (bullying) dan gangguan seksual

Persekitaran yang tidak selesa

- bising, panas dan sempit

Pengurusan dan organisasi

- budaya menyalahkan pekerja
- tiada sokongan terhadap kerja seperti peralatan yang tidak lengkap kenderaan,
kurang penghargaan dan tiada insentif
- kurang sokongan untuk meningkatkan kerjaya seperti tiada kursus dan sukar untuk
naik pangkat
- tiada penglibatan dalam membuat keputusan atau polisi

Ketidakseimbangan kerjaya dan rumahtangga

- waktu kerja yang tidak fleksibel

KESAN STRES

Stres akan menjejaskan kesihatan dan mengubah tingkahlaku anda kepada
tingkahlaku yang negatif.

Ia boleh menyebabkan

- sakit kepala, keletihan, berdebar-debar, masalah seksual
- gelisah, cepat marah, kerisauan berlebihan, hilang tumpuan dan motivasi
- tidak hadir kerja, merokok, mabuk, menyalahgunakan dadah

Kesan jangka panjang

- hipertensi, penyakit jantung koronari dan ulser peptic - kemurungan

CARA-CARA MENGURANGKAN STRES

1) Mengubahsuai punca stres dengan :

- penyelesaian masalah secara musyawarah
- perancangan kerja dengan baik
- pengurusan masa yang bijak
- berkomunikasi secara lebih berkesan
- mengubahsuai punca stres dalam organisasi seperti polisi, prosedur dan masa
yang tidak fleksibel

2) Mengelak stres dengan :

- elakkan beban kerja berlebihan
- mengetahui kemampuan sendiri
- menolak daripada membuat sesuatu yang melebihi kemampuan sendiri
- membuat kerja secara muafakat

3) Meningkatkan ketahanan diri dengan :

- mengamalkan cara hidup sihat (beriadah, makanan seimbang)
- merehatkan minda (lakukan amalan seperti senaman pernafasan dan relaksasi otot
secara progresif)
- meningkatkan ibadah (amalkan istighfar, selawat, zikir dan doa selalu)
- berfikir secara positif
- mampu (menerima kritikan dengan baik)

Rabu, 9 Jun 2010

Selamat Pengantin Baruk !!

12hb June 2010, yin menamatkan zaman bujangnyer.. kini semua seusia dengan aku dah berkawin..wah terasa tegugat plak kedudukan...pegi kluang ne sure depa2 semua tanya..bila lagi? dah ada pasangan ke? tunggu apa lagi? cepat2 kawin? soklan2 bangang yang sering dilemparkan..sampai naik muntah aku nak menjawap semua persoalan...haii nasib ko lah melah...

Heee!! rasa malas pun ada nak pegi..ciot betul buat ari sabtu...sah2 cuti aku terkorban..dahlah cuti tak berapa nak banyak...raya pun tak lama lagi..kompom2 seminggu aku ambik nanti...

Mintak2 lah adik aku nak ikut..bukan apa aku leh drive sendirik...belajo folow mefolow ne...i like...hehehe....lagi satu sian kat mak aku sure mabok2...sbb melayan krenah anak2 buah....

Anyware SELAMAT PENGANTIN BARU YIN, SEMOGA KEKAL KEANAK CUCU DEH...

Selasa, 8 Jun 2010

"KALAULAH NASIB AKU SEPERTI DIA"

Kereta mewah itu meluncur dengan lajunya. Perjalanan mereka sudah hampir tiba ke destinasi.

“Perlahan sedikit ye Pak Mat, kita ni dah masuk kawasan kampung. Jaga sikit,di sini jalan banyak lubang,” pesan Datuk Jamal pada pemandunya.

Seketika pandangannya dilontarkan ke tingkap. Kelihatan jelas padi menghijau di kiri kanan jalan. Di sebelahnya, Datin Nora pula sibuk sedang membalas SMS, entah untuk siapa dia pun tidak tahu. Nama saja satu kereta, tetapi mereka tidak bertegur sapa dari tadi. Malas dia hendak melayan karenah Datin Nora yang suka membantah cakapnya.

Sesekali kereta mereka sedikit bergoyang kerana jalan kampung yang tidak rata. Datuk Jamal terpandang sesuatu yang menarik perhatiannya. Seorang lelaki pertengahan usia sedang mengayuh basikal tua bersama wanita yang sudah pasti isterinya. Walaupun hanya berbasikal tua, lelaki itu kelihatan gagah. Sesekali sang isteri mengangkat tangannya mengelap peluh di leher suami. Saat itu, keduanya berpandangan sambil tersenyum. Nampak ikhlas kasih sayang mereka. Agak lama basikal itu berpapasan dengan keretanya.

“Alangkah bahagianya lelaki ini. Basikal sudah buruk. Tapi isteri dia masih sayangkan dia. Sanggup kesatkan peluh suami. Aku ni berharta tapi isteri tak pernah tunjukkan kasih sayang. Hari-hari bergaduh,” hati Datuk Jamal berdetik. Meski hidupnya mewah tapi dia sepi dari kasih sayang dan perhatian isteri.

Selama ini, dia asyik bekerja mengumpul harta sampai menimbun. Kesibukan itu juga akhirnya menyusutkan cinta antara mereka berdua. Apalah agaknya yang tidak kena dengan hidupnya. Kekayaan sudah melebihi kemampuan, tetapi kebahagiaan pula seakan enggan singgah di hatinya.
Sementara itu, lelaki yang berbasikal pula sesekali menjeling kereta mewah di sebelahnya. Nampak jelas seorang lelaki berpakaian segak dan isterinya yang bergaya di sebelah.
“Ini mesti orang kaya. Siap ada pemandu lagi. Jauh beza dengan hidup aku. Dengan basikal tua, ini saja kenderaan yang ada. Kasihan isteriku. Berpanas terik. Aku tak berpeluang berikan dia kemewahan macam apa yang lelaki ini berikan pada isterinya. Bahagianya mereka,” hati lelaki itu berbisik. Sesekali kayuhannya diperlahankan agar tidak terlanggar becak di jalan.

Agak lama berpapasan, kereta mewah dan basikal itu berpisah di hujung jalan menuju jalan besar. Sempat lelaki kaya dan lelaki miskin itu berpandangan sesama mereka. Jauh di sudut hati, masing-masing berkata “Kalaulah nasib aku seperti dia…”.

Begitulah harga sebuah kehidupan. Sesempurna mana pun kita,manusia tetap manusia. Tidak semuanya akan Tuhan berikan percuma. Bukan wang menjadi sebagai pengukur bahagia. Pun tidak semestinya miskin kita derita.

Sebagaimana Tuhan menurunkan satu persembilan dari kasih sayang di langit buat makhluk di dunia, itulah bekalan perkasihan buat kita. Dibahagikan kepada ayah ibu, diabadikan buat suami dan isteri, dijalinkan antara ibu dan anak, diagih buat saudara mara, disimpan sedikit buat teman-teman dan seterusnya saudara seagama.
Apa pun bentuk kehidupan yang tersurat, terimalah dengan redha. Kaya? Miskin? Sederhana? Di mana pun kita, percayalah, kadangkala apa yang baik untuk orang lain tidak semestinya sesuai buat kita.

Isnin, 7 Jun 2010

TAG ~~

TQ Pah sbb mengajar saya cara2 menggunakan *** TAG …..

1. Apa yang anda buat bila dapat tahu member anda tikam anda dari belakang?

*** Rasa nak pijak2 Kapla DIA kasi hancur, pastu campak kat dalam lahar gunung berapi….boleh ke ?? hehehe

2. 6 orang di hati anda...

*** Ayah saya

*** Ibu saya

*** Abang saya

*** Kakak saya

*** Adik saya


*** Kawan2 saya

3. Anda rasa anda comel?

*** Errrr….Comey sokmo…gilak..heheh

4. Single or taken?

*** Lom punya pacar..sedang mencarik…Sapa nak jadi MENTOR sila isi borang !!

5. Blog yang anda suka

*** Blog yang ceria

*** Blog mempunyai kisah2 kehidupan yang menarik

*** Blog infomasi yang terkini dan moden

6. Adakah bilik anda kemas setiap hari?

*** Bulehlah….yang penting sedap mata memandang dan berbau harumm (wangi ok)..cehhh!!

7. Lagu terakhir yang anda dengar

*** Kebahagiaan dlm perpisahan…kita samalah kak izwa…his3x..x tiru ekk…hihi

8. Last text message

*** Dari pingan mangkuk bernama Cain..mencikk sama dia selalu ckp lucah2.i like crazy...aikk….hehe

9. Last phone call

*** Sama my frenzz…plan nak g OU, damansara nak tgok Intrend sambut ulang tahun..tapi hampeh tak jadik..mcm cilakak..huuuu

10. Hari terakhir anda menangis

*** 6hb June 2010, tenung muka mak sewaktu beliau tido, teringat dosa2 yang aku lakukan padanya..Ampun mak !!

11. 5 favourite colour

*** Hijau

*** Merah

*** Hitam

*** Putih


*** Oren

12. Orang terakhir YM

*** Sama Abah ( scubaDivers ), sembang2 ucah…untuk ilangkan tension..aikk

13. Game paling anda suka.

*** Rise Of War, kira games tembak2..gitu…I like so much…!!

14. Apa perasaan anda menjawab tag ini?

*** Of Couse I like, ingatkan blog aku tak dapat sambutan, upernyer pemes..pahsan gilak !!

15. Anda rasa tag ini best?

*** Best jugak, boleh wat kapla aku berfikir, setelah sekian lama beku, last fikir bila jawap soklan2 lazim nak sah dalam jawatan dan PTK..

16. Tag lagi 10 orang....

Alamak walaupun pemes emes..tapi idak le depa selalu bukak…iseyy aku tembak sapa yang kena…~~

(1) Enchek Brader

(2) Misya

(3) Sham

(4) Zaifah azny

(5) Babycinderella

(6) HapaCrita?

(7) Budu dan Belacan Busuk

(8) Hilang Punca

(9) Emosi

(10) Tanah Haram Untuk Orang2 Berkenaan


ps : Jika ada kesalahan tolong dimaafkan…
sekian..Tompang Lalu ~~ Cactusberduri@blogspot.com

KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN ( Layan ~~~ )

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerana lantang terbaca dari muka
Kau dan aku sudah tiada keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih?

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Tiap titis airmata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam tapi hanya berdiam
Kerana cuba menafi realiti

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Belia Anti Israil ~~~

- Sewaktu Serangan Dilancarkan -


- Kepulangan Yang Dinantikan -

Laungan Allahuakbar dan selawat bergema sebaik 12 sukarelawan Malaysia yang ditahan tentera Israel, Isnin lalu tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini jam 6.10 pagi, semalam.


Pelbagai sepanduk tertera ayat ‘Selamat Pulang Wira-wira Malaysia; Keberanianmu Adalah Lambang Keberanian Malaysia’; Harum Namamu Wira Negara Telah Tercatat Dalam Sejarah dan Pengorbananmu Menjadi Inspirasi Seluruh Rakyat Malaysia’ turut dibawa ahli NGO.


Sejurus tiba, doa turut dibacakan sebagai tanda kesyukuran di atas kepulangan mereka. Semua sukarelawan tiba dari Istanbul dengan menaiki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) jam 5.40 pagi, selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Queen Alia, Jordan jam 11.20 pagi waktu tempatan (4.20 petang waktu Malaysia), Jumaat lalu.

ps : Halim Abdulah hensom jugak....heheh pejuang dibumi ALLAH.....

Khamis, 3 Jun 2010

Lagenda Budak Setan !! Saksikan.........


PERINGATAN: PENCURIAN TERBARU DI ATM

Modul pencurian ATM terbaru dengan menggunakan CARD MAGNETIK...Ketika andamelakukan transaksi di ATM, pastinya anda memasukkan PIN. secara dasarnyaketika kad anda tarik kembali, PIN tadi belumlah terpadam secara sempurna,ia masih berada di dalam TEMP atm, walaupun temp ini hanya mampu menyimpan1 PIN saja, tetapi sangat berbahaya, bagaimana bila yang menunggudibelakang anda adalah PEMEGANG CARD MAGNETIK ? habislah isi ATM anda...

CARA MENGATASINYA: Sangat mudah…, ketika anda selesai melakukan transaksiATM, masukkan kembali KAD ATM anda, kemudian masukkan sembarang PIN secaratipu, kemudian klik CANCEL. beres kan, kini TEMP ATM tadi sudah terisidengan PIN tipu2an yg anda buat...(sebarkan maklumat ini ke yang lain,kerana di kelang dan petaling sudah 5 orang jd korban )

Mayat Berjalan


Di Kg Toradja (Indonesi) terdapat satu ilmu yg luar biasa dimana mereka boleh menjadikan mayat berjalan pulang ke rumah sendiri. kejadian berlaku disebuah daerah pendalaman Indonesia yg berbukit bukau. Jika ada kematian di kg Toradja maka mayat itu akan diberi kuasa hipnotisme supaya simati boleh pulang berjalan kaki dan hanya berhenti bila sampai dirumahnya. kuasa ini dibuat supaya tidak menyusahkan orang kg dari mengurus mayat tersebut.

Cun Gilak!!

Mat pakistan ....kalah mat rempit malaysia.............

video

Saksikan aksi yang mencuakkan ati..kikikiki