Azizi & Ayu

Azizi & Ayu

Rabu, 25 Ogos 2010

Korang Suka Menyanyi?

Dari dahulu lagi ramai antara kita yang suka menyanyi, ada yang hanya suka-suka, ada yang nak menunjuk nunjuk, ada juga yang dah ketagih menyanyi dan byk lagi alasan demi memenuhi rasa keinginan untuk menyanyi.

Namun ramai antara diorang ni yang hanya tahu menyanyi tetapi diorang tak pernah nak amik tahu pasal ilmu nyanyian, bagi diorang kalo dah tak boleh menyanyi tu memang tak boleh menyanyilah.

Sikap ini haruslah diubah kalo korang benar-benar menganggap nyanyian adalah satu seni yang perlu dihargai nilai seninya. Sesebuah lagu itu ada nilai seninya, kalo korang hanya menyanyi tanpa mempedulikan aspek aspek teknikal ibarat anda menghina seni itu sendiri .

Ilmu nyanyian jika dipelajari adalah suatu ilmu yang amat seronok untuk diketahui. Melalui pembelajaran yang betul korang akan dapat 'explore' kebolehan suara korang dan juga korang akan tahu kekuatan dan kelemahan suara korang.

Suara kita harus dicintai dan disayangi kerana ia adalah anugerah Tuhan yang tak ternilai harganya dan dengan pengetahuan vokal yang korang ada akan membuatkan korang tidak akan sesekali mensia-siakan anugerah ini.

Jadi kesimpulannya disini, berhentilah menyanyi kalo korang tak nak mempelajari ilmu nyanyian itu sendiri, tapi kalo korang hargai suara korang dan seni suara itu sendiri, dapatkan atau pelajari lah ilmu nyanyian walaupun ianya hanyalah asas semata mata.

Antara bende yang sering terjadi dan mendatangkan kesumbangan ialah : -
  • Pitching’ lari
  • ‘Range’ tak besar
  • Tiada warna dalam ‘Tone’
  • ‘Key’ tak sesuai,
  • Tak ikut ‘Tempo’
  • Tiada ‘Air lagu’
  • Tiada penceritaan, emosi serta feel

Tiada ulasan: