Khamis, 27 Januari 2011

Sejak Aku Mengenali Dirimu

Sejak aku kenal kau, aku dah kenal apa itu kasih sayang
sejak aku kenal kau, aku dh tahu apa itu sebuah perhubungan walaupun hanya sebagai rakan dan aku mula hormat kau
sejak aku kenal kau, keresahan yang aku tanggung selama ini aku kongsi bersama
sejak aku kenal kau, aku rasa diri ini bagai dihargai sebab selama ini tiada insan lain yang berani mendekati aku
sejak aku kenal kau, hidup aku tak sunyi lagi dan aku selalu heppy
sejak aku kenal kau, aku rasa diri ini bagai dijagai, dibelai dan segala perbuatan aku diambil tahu
sejak aku kenal kau, aku dah tahu apa itu erti perasaan yang sebenar ( cemburu, marah, menangis, ketawa )
sejak aku kenal kau, aku kenal siapa diri aku yang sebenar, kerana kau selalu membimbing dan memberi nasihat yang berguna walaupun ada kalanya aku tak boleh menerima hakikatnya.


Dan kini semuanya hanya kenangan yang tersemat di memori jasat aku, aku rasa dunia ini sunyi tanpa gelak manja mu, aku merindui semuanya, aku hanya mampu berserah kepada yang Esa, aku tak mampu lagi menerima hidup mu kembali, biarlah masa dan keadaan yang menentukkanya..


Tiada ulasan: