Azizi & Ayu

Azizi & Ayu

Selasa, 6 September 2011

Al-Fatihah Untuk Allahyarham Noramfaizul

Pemergian Allahyarham Noramfaizul yg tak dijangka mengejutkan ramai pihak terutama ahli keluarganya. Kesedihan menyelubungi & sedu tangisan iringi ketibaan kumpulan misi Bantuan Kemanusiaan di Somalia semalam. Ramai pihak yang datang menghulurkan bantuan tidak kira juga ada yang datang hanya sekadar memberi penghormatan terakhir tanda simpati kepada keluarga beliau. Kepulangan misi Bantuan Kemanusiaan di Somalia semalam diiringi tangisan oleh keluarga beliau, bah kan seluruh rakyat Malaysia juga merasai pemergian Allahyarham Noramfaizul .

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut menyifatkan kematian Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor sebagai mati syahid akhirat kerana terkorban ketika bertugas dalam misi menghapuskan kejahilan, kemiskinan dan penyakit yang melanda Somalia. Salam Takziah kepada kelurga Allahyarham Noramfaizul dan pada 54 anggota misi bantuan kemanusiaan yang lain, anda wira kami untuk negara tercinta Malaysia.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Noramfaizul moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di tempat orang yg berima, amin.

Tiada ulasan: