Azizi & Ayu

Azizi & Ayu

Isnin, 30 Ogos 2010

Hikmah Sujud

Sujud lega sistem pernafasan

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud pula boleh:
  • membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
  • membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
  • melegakan sakit hernia. (burut)
  • mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
  • melegakan paru-paru daripada ketegangan.
  • mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
  • kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
  • meringankan bahagian pelvis.
  • memberi dorongan supaya mudah tidur.
  • menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
  • pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
  • bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
  • mengurangkan kegemukan.
  • pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions) .
  • organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
  • mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Tujuh kalimat

Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "

  • Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
  • Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
  • Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut
  • Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
  • Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
  • Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
  • Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa
AMIN...

Aku, Kau Berbeza...Aku, Kau Istimewa...

LELAKI

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN?? Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..) Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita :
1. ibunya , 2. isterinya , 3.anak perempuannya , 4. saudara perempuannya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu 2. puasa di bulan Ramadhan 3. taat suaminya dan 4. menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita .... Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. .supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA.. "Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103) Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

Khamis, 26 Ogos 2010

Duit Raya

kringgg…kringg….talifon berbunyi…

aku : helo bahagian tut bercakap..

engko : wey, ko ada dengar berita tak tadi?

aku : apa die, xde dengar apa-apa pun, baru pas balik dari solat

engko : tahun ne kita raya lee…najib bagi RM 500.00 yong oiii…

aku : engko bior betol, patut le semalam aku mimpi banjir tsunami..hahhahha

engko : takde maknernya semua mimpi-mimpi ko tu, menong…hahhahah

yeah….yeah dapat duit raya….yabedabeduu..oooooo….tahun ne nampaknyer raya sakan lah yong oii…..hehehehh…..dapat duit raya RM 500.00 walaupun nilai tu tak seberapa bagi aku, tapi aku tetap bershukur, so sekarang nak fikir bende apa yang aku lom beli lagi coz sebelom ne pun tak beli apa-apa..mengong heheh…kecuali beg raya je yang sempat aku beli kat jalan tar..nak buat mcm mana bajet lari weyyy….ekonomi bulan august 2010 merundum jatuh menyembah kebumi kerana gara-gara nak tacup buah hati kesayangan ( kereta )..inilah habuan yang aku dapat kalau bersabar dibulan yang penuh keberkatan…hope raya ne biarlah memberi seribu kebahagian..nak buang segala memori raya tahun lepas sebab penuh dengan kisah duka nestapa…cewahhhh !!...

Rasanya tak terkawal senyum kambing ne, dah sampai tahap cipan dibuatnyer…hahahahhaha. sambil dengar lagu raya sambil teringatkan ayah dengan angah..hope dorang bahagia disana nanti adik datang jumpa ehhh….oklah idea pun dah tercurah nak buat keje sekolah plak hahahhaah…dah tua Bangka pun ada keje sekolah ( tipu je )

Mau Tercabut Usus Kalau Naik .... hehheeh




p/s : Kalau rasa tension silalah datang kenegara jiran kita " JEPON", kalau rasa nak bunuh diri pun boleh, sekurangnya tak terseksa jasat nak keluar dari badan..heheheh

Rabu, 25 Ogos 2010

Korang Suka Menyanyi?

Dari dahulu lagi ramai antara kita yang suka menyanyi, ada yang hanya suka-suka, ada yang nak menunjuk nunjuk, ada juga yang dah ketagih menyanyi dan byk lagi alasan demi memenuhi rasa keinginan untuk menyanyi.

Namun ramai antara diorang ni yang hanya tahu menyanyi tetapi diorang tak pernah nak amik tahu pasal ilmu nyanyian, bagi diorang kalo dah tak boleh menyanyi tu memang tak boleh menyanyilah.

Sikap ini haruslah diubah kalo korang benar-benar menganggap nyanyian adalah satu seni yang perlu dihargai nilai seninya. Sesebuah lagu itu ada nilai seninya, kalo korang hanya menyanyi tanpa mempedulikan aspek aspek teknikal ibarat anda menghina seni itu sendiri .

Ilmu nyanyian jika dipelajari adalah suatu ilmu yang amat seronok untuk diketahui. Melalui pembelajaran yang betul korang akan dapat 'explore' kebolehan suara korang dan juga korang akan tahu kekuatan dan kelemahan suara korang.

Suara kita harus dicintai dan disayangi kerana ia adalah anugerah Tuhan yang tak ternilai harganya dan dengan pengetahuan vokal yang korang ada akan membuatkan korang tidak akan sesekali mensia-siakan anugerah ini.

Jadi kesimpulannya disini, berhentilah menyanyi kalo korang tak nak mempelajari ilmu nyanyian itu sendiri, tapi kalo korang hargai suara korang dan seni suara itu sendiri, dapatkan atau pelajari lah ilmu nyanyian walaupun ianya hanyalah asas semata mata.

Antara bende yang sering terjadi dan mendatangkan kesumbangan ialah : -
  • Pitching’ lari
  • ‘Range’ tak besar
  • Tiada warna dalam ‘Tone’
  • ‘Key’ tak sesuai,
  • Tak ikut ‘Tempo’
  • Tiada ‘Air lagu’
  • Tiada penceritaan, emosi serta feel

Selasa, 24 Ogos 2010

Suami Kaki Putar..

salam semua..

my hubby depan aku punya lah baik..seolah2 aku ni lah segalanya...tapi hakiki nya dia lah buaya yg paling pandai ayat pempuan...

bila bercakap semua org akn tunduk padanya...ilmu apa dia pakai aku pun x tau..

pempuan keliling pinggang..kalau dah x nak kat aku..cakap aje lah...tak payah nak tipu2 aku...dia x tau yg segala gerak lakunya aku tau...cuma aku malas nak menyebut dan cari gaduh...maka aku tengokkan aje...

makin hari makin jadi...
kalau sesekali aku ditipu..ok juga lah..tapi kalau hari2 menipu dan berpura2...aku dah x sanggup..

kat facebook naik meluat tgk pempuan2 dia...kalau aku buat cam dia..kenal jantan ramai2 kat facebook...apa dia rasa ....?
tapi aku ni ada pertimbangan lagi...tak nak jadi bodoh macam dia...


p/s : Artikal ini aku petik dari seorang wanita yang hidupnya dianaya oleh seorang lelaki iaitu suaminya sendiri...kenapa perlu ada sikap sedemikian rupa, tidak bershukurkah atas kurniaan yang ALLAH berikan, kenapa jalan ini yang dipilih, bukan kepada si suami ini sahaja, malah ramai kaum-kaum Adam diluar sana turut sama melalikan tanggungjawab yang diberi, manakah pergi kaum Adam yang disanjung tinggi dan dihormati selama ini...????

Rokok Membawa Bahaya.. Katakan TIDAK !!

Aku yakin korang semua tahu merokok dapat membahayakan kesihatan. Merokok bukan saja dapat membahayakan kesihatan kita,tapi juga dapat membahayakan kesihatan orang disekeliling kita. Jangan biarkan orang kesayangan kita menderita kerana kita.

Adakah korang tahu setiap batang rokok mengandungi 4000 bahan kimia yang berbahaya? aku yakin korang semua tahu kesan sampingan daripada rokok dapat menyebabkan penyakit kronik seperti kanser jantung, kanser paru-paru dan banyak lagi penyakit yang dapat memudaratkan kesihatan. oleh itu, cegahlah ia dengan lebih awal supaya tidak memudaratkan pada masa akan datang...

Khasiat Jus Manggis Kepada Kita

salam and hye alls..

Kat sini aku nak cakap pasal khasiat jus manggis kepada kita.Ramai sebenarnya tak tahu ye jus manggis banyak memberikan khasiat pada tubuh badan seseorng..

Secara tradisi kulit manggis dilumat dan digunakan untuk merawat penyakit seperti Malaria, TB, penyakit kulit, cirit-birit dan dysentry. Di Thailand buah manggis dijemur dan dikeringkan untuk membuat bahan kosmetik seperti syampu, sabun untuk menghaluskan kulit dan mencegah penyakit kulit.

Untuk pengetahuan semua, buah manggis amat berkhasiat! Bahan aktif XANTHONE dalam buah manggis mempunyai khasiat yang amat menakjubkan. Terutama dibahagian dalam kulit dan biji manggis. Ramai saintis telah mengkaji khasiat buah manggis sejak tahun 1970an. Dan manggis telah dihasilkan dalam bentuk jus supaya enak diminum selain dari mendapatkan hasil yang menakjubkan. Pelbagai masaalah penyakit dapat diatasi dengan minum jus manggis yang asli. Tiada pengawet, perisa asli dan tidak ditambah gula. Khasiat xanthone iaitu bahan aktif dalam buah manggis dapat membantu pelbagai jenis masaalah seperti alergi, resdung, lelah, pelbagai penyakit kulit seperti eczema, gatal-gatal, psoriasis, seborrhea, jangkitan kulat, luka-luka yang biasa pada mulut, melecur, selepas pembedahan, penyakit darah tinggi, kencing manis, lebihan kolesterol , keletihan, kekurangan darah, ulser, gastrik, saluran usus yang bengkak dan insyaallah pelbagai lagi masaalah..


p/s : silalah kome sekalian cuba ye..moga-moga mendapat hasil...tak cuba tak tahu..cewah !!

Isnin, 23 Ogos 2010

Ku Relakan Dikau Pergi Dari Hidup Ini

maafkan aku...
membuatkan kau menyintaiku...
maafkan aku..
membuatkan kau sentiasa merindu...
sungguh tak terniat di hati ku...
membuat kau berperasaan begitu...

jauh di sudut hati...
ingin mencari sahabat sejati..
tidak ku sangka niatku disalaherti...
maafkan aku sekali lagi..
walaupun ku tahu ucapan maaf masih tidak memadai...

mungkin tiba masa untuk aku mengundur diri...
utk kebaikan dirimu & diri ini..
bukan niatku melukai hati..
tapi ini saja yg terbaik buat masa ini...

semoga kau sentiasa berbahagia..
itu saja doaku mengiringi perpisahan kita..
ku mengharapkan doa yg sama dari mu jua...
semoga kita berjumpa lagi di lain masa...
mungkin dalam keadaan yang berbeza...
namun kuharapkan persahabatan ini kekal selamanya...

Khamis, 19 Ogos 2010

Persiapan Hari Raya anda...

JOM sembang2.. sambil buat keje kalau sempat...

apa persiapan hari raya anda? puasa baru mencecah 9 hari hari ini

  • baju kasut baru?
  • kuih baru?
  • kerusi meja baru?
  • cat rumah baru?
  • tile baru?k
  • kereta motor baru?
  • pinjaman bank baru?
  • keje baru?
  • awek / gewe baru?
  • salam tangan tok kadi baru? -kwang3
  • barang kemas baru?
  • jadual giliran beraya baru?
  • azam baru

dah lengkap kesemuanya...atau sempurna separuh daripada itu..?? heheheh

mana yg baik kita amik jadikan teladan. yg buruk amik gak...kumpul2...jadikn sempadan..

Rabu, 18 Ogos 2010

Cinta Yang Kesepian

Berlalu sudah kisah duka itu
Biarpun lama masih terpahat di situ
Masih terkesan hati yang terguris dahulu
Ditabahkan hati redha apa yang berlaku

Kesepian ini mengetuk hati
Tanpa suara membisu sepi
Menemani hati ini lagi
Biarlah asal sudi mengunjungi

Cinta masih kesepian
Mengharap kasih dari pasangan
Entah bila akan dimunculkan
Tabahlah hati menantikan

Cinta kesepian lagi
Untuk apa mendamba bukan hakiki
Dambailah cinta Yang Kekal Abadi
Moga jalan akhirat dipermudahkan nanti...

Entry Sesaja : )

kadang memang perlu cerita
kadang tak perlu semua perkara nk diceritakan
penilaian org tak akan sama
yg merasai je yg tau
tak semestinya yg terzahir memaknakan kesemuanya
dalam hati pun berbeza2
ada dalam hati ada taman
ada dalam hati ada duri
ada dalam hati ada daging yg menghitam
ada dalam hati putih bersih
ada dalam hati ada isi yg besar
ada dalam hati kosong
ada dalam hati ada setan
ada dalam hati ada asap yg berkepul2...

cukup2lah. hadapi sekarang seadanya..senang2kan sekarang seadanya. selesakan sekarang seadanya. bersedialah sekarang seolah2 kita kan pergi bebile masa. sebab kita tak tau apa ada kat depanp.piss noo woll.

Bunuh Bayi Lagi..Dan Lagi..

sakitnya hati
sangat2 sakitttttt
tercarik2 rasa hati

macam firaun!!

firaun pun tanam bayi hidup2
bayi lelaki

zaman sekarang? lelaki pompuan tak kira jantina
dibunuh banyak cara
campak buang ke sungai, campak ke tong sampah, pastu siap bakar pun ada! ya Allah!
campak tepi jalan ke mana saje ada sampah
sampai digonggong anjing pun ada!
campak dalam lubang jamban, siap flush pun ada! tersangkut plak tu.
campak dalam lubang kumbahan najis pun ada
campak memana ikut suka , dimakan semut dan gagak pun ia
campak campak


ASTAGHFIRULLAHH HAL A'ZIMMM....
Ya Allah...Ampuni lah kami ya Allah.

Sedangkn menzalimi saudara sendiri yang telah berakal pun menjadi kesalahan
ini kan pula menzalimi seorang bayi...
seorang bayi kecil yang tak tau apa2
yang hidup sihat dalam kandungan
selesa dan hangat dalam litupan ketuban ibunya
suka dia
membesar mengikut kiraan sepatutnya
mula kenal suara ibunya
berkongsi makanan , perasaan sama

tapi bila sampai ketika ditentukan detik kelahirannya kenapa nyawanya direntap dengan sedemikian rupa?? seburuk2 cara!

Tahukah dorang..bayi kecil itu tidak tahu apa2...bayi kecil itu manusia! bukan sampah.
Bayi ke cil itu sangat2 patut dilindungi


ya Allah... Maha Pengasih .Maha Penyayang
tapi ramai hambamu yang tiada lagi sifat2 itu ya Allah...

p/s : Insaflah Semasa Kamu Masih Pijak Dibumi Allah...Pintu Taubat Itu Sentiasa Terbuka Pada Mu Kaum Adam Dan Hawa yang Telah Melalukan Banyak Dosa...

Jumaat, 6 Ogos 2010

Kurma - AWAS! Jangan Terbeli...


Sekarang bulan puasa bakal menjelma berhati- hati becareful of Kurma Yahudi. Tolong Distribute! bercetak jenama "Jordan River" itu sebenarnya bukan dari Jordan tetapi dihasilkan dari negara Israel dan diimport serta dikotakkan di Singapura tapi di edarkan di Malaysia. Ia ditanam di satu kawasan luas di bahagian timur Isreal yang bersempadan dengan Palestin. Ia dipunyai oleh seorang Yahudi yang kaya dan ramai pekerja-pekerjanya berbangsa Yahudi dan hasil penjualan kurma itu digunakan untuk tabung orang-orang Yahudi.
Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura. Para Muslimin sekalian diharap jangan membeli kurma jenis ini..kasihanlah terhadap rakyat Palestin yang hari-hari ditindas dan dibunuh kejam oleh rejim Yahudi ini. Perangi Yahudi dalam apa cara sekalipun,walaupun dari segi ekonomi.



Khamis, 5 Ogos 2010

Today Is Your Special Day,,,

Esok aku kene bersiap sedia mengadapi hari bersejarah...
tajuk pengucapan awam yang akan aku sampaikan 1 Pengguna 1 Suara..
cuma 1 perkauman je aku tak jumpa lagi dalam surat khabar...
rasa berkobar-kobar dada ne nak menanti hari bersejarah esok..
aku akan baca selepas bacaan yassin, harap-harap biorlah semuanya sempurna..
jangan dorang baca yassin tuk arwah aku dah sbb kene serangan jantung....inalilah ~~

Rabu, 4 Ogos 2010

Kek OoOOoO Kek


Tekak ne teringin pulak nak makan Kek Secret Recipe..
ermm tapi bajek bulan ne lari sikit disebabkan kereta aku rosak..
banyak jugaklah kene bayar..
hampir separuh daripada duit gaji..
besday member dengan hadiah pepisahan akak ne pun aku lom sempat beli lagi..
huarghhhh...rasa tersepit sangat2...
nak mintak mak, huuuuu tak manis pulak, rasa segan..
harap lepas ne kereta ko janganlah buat hal lagi.... amin..

Isnin, 2 Ogos 2010

Cung Tak


Inilah keje member aku bila masing2 boring, habis muke aku di mek-upkannyer...baru nampak mata sikit, klu x sepet bebeno dibuatnyer, haiiii pakai bulu mata pun mcm x pakai bulu mata, tapi kira oklah ne...walaupun tak nampak cantik tapi nampak cung..hahhahah ( kenelah puji, sapa lagi nak puji )...