Azizi & Ayu

Azizi & Ayu

Jumaat, 31 Oktober 2014

Subhanallah ,Indahnya Pengalaman Seorang IBU !!!



✿ Indahnya Pengalaman Seorang IBU ✿

Imbasan ultrabunyi (ultrasound) boleh menunjukkan apa yang sedang dibuat oleh bayi anda. Kebanyakan pergerakan bayi bermula lama sebelum anda menyedarinya:

Minggu ke7 hingga minggu ke8
✿ Bayi anda mula membuat pergerakan am, seperti membengkokkan badan ke tepi dan bergerak apabila terkejut...

Minggu ke9
✿ Bayi anda mula mengalami sedu, menggerakkan tangan atau kaki dengan sendiri, menghisap dan menelan...

Minggu ke10
✿ Dia boleh melentur dan memalingkan muka, mengangkat tangan untuk menyentuh mukanya, menganga dan mengeliat...

Minggu ke11
✿ Dia boleh menguap...

Minggu ke14
✿ Dia boleh menggerakkan matanya...

Secara beransur-ansur, pergerakan bayi anda menjadi cukup kuat untuk anda merasainya. Tidak lama selepas itu, anda akan kerap merasa dia mengetuk atau menendang apabila dia meregangkan tangan dan kakinya...

Bayi anda tidak akan bergerak sepanjang masa sebab seperti anda juga, ada masa-masanya dia hanya mahu berehat dan tidur. Menjelang penghujung kehamilan, dia akan berehat selama kira-kira 45 minit sekali. Waktu rehatnya ini mungkin bagi anda terasa lebih panjang, kerana anda tidak akan dapat merasa setiap pergerakan yang dilakukannya...

Khamis, 23 Oktober 2014

Baby Aktif Dan Cukup Sifat...Alhamdulilahhhh

23/10/2014 ( Khamis )...scan kali kedua dibuat di Klinik Dr. Rohaya....benda yang aku tak jangka berlaku...hari ne hari yang paling gembira dalam hidup...bila scan tadi baby dalam keadaan sehat dan sangat aktif...denyutan jantung kuat....kaki tangan alhamdulilahhh dah ada...yang paling tak sangka tu...baby lambai mama....terujaaa, gembira, terharu, hepy sangat-sangat tak terhingga...syukur alhamdulilahh dengan nikmat yang ENGKAU berikan YAALLAH....KAU telah berikan aku peluang untuk merasai nikmat yang paling agong ini...akan aku jaga zuriat ku ini dengan sebaik-baiknya...dan menjadikannya anak yang soleh dan soleha....aminnnn!!!..

Walaupun ayah tak ada masa scan tadi tapi mama dah ceritakan semuanya...ayah seronok sangat sayang....nak tengok gambar baby pun tunggu kat umah..nebes katanya hehheeh....balik ne bolehlah mama manja gan ayah suruh buatkan air holic tuk baby mama ne hehehhe.....

Kita tunggu minggu depan 27/10/2014 ( Isnin ) minum air gula....hope semuanya selamat...amin!!!..

HEPPYYYYYYY SANGAT-SANGAT.............: ) : ) : )



 
2 Bulan Lebih....



Jumaat, 10 Oktober 2014

Rumah Ku Syurga Ku..

7/9/2014 (Selasa) Alhamdulilah gril rumah selayang dah siap dipasang...tak sabra rasanya nak duduk sana bercucuk tanam..lepas ne nak beli kipas dan lampu, untuk sementara waktu guna tikar getah pun jadilah...sementara nak kumpul duit buat tai rumah...mesti seronok dapat duduk sendiri..harapan nak hiaskan rumah nak Nampak lebih cantik...nak tanam pokok buah-buahan supaya anak-anak, mak ayah, semua dapat merasa..

Semperna nak tunggu baby mama ne lahir lihat dunia...mama nak buat persiapan tuk fmly kita...semoga babay mama selamat dilahirkan dengan selamat....mama dengan ayah tak sabar nak tunggu awak keluar...mama doakan babay mama sehat cukup sifat...sehat..semuanya yang baik2 tuk awak ok....


  • " Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku,dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.
    Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu.
    Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat.
    Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal.
    Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.”
    Amin. Ya Rabbal Alamin.