Azizi & Ayu

Azizi & Ayu

Selasa, 18 Oktober 2011

Semoga Bayi Itu Pulih Sepenuhnya..

Semalam dalam tb3 kalau tak silap ada satu kejadian yang menyayat hati..dimana seorang bayi yang berusia 2 tahun telah mengalami kecerderaan yang amat amat teruk dan kejadian itu sungguh menyayat hati ibu, aku dan seluruh rakyat malaysia....kejadian itu berlaku di cina...mengikut apa yang aku tengok bayi berkenaan merayau rayau di sebuah gudang kalau tak silaplahkan...tiba tiba ada sebuah van datang dan terus melanggar bayi berkenaan...ketika bayi itu berada dibawah van tersebut...van tersebut sekali lagi melenyek budak berkeaan dan mengakibatkan kepala dan kakinya mengalami cedera parah..akibat berada dalam ketakutan pemandu van itu meninggalkan bayi berkenaan tanpa sebarang bantuan..walaupun ada orang yang menghampiri tepat kejadian mereka hanya melihat bayi itu tanpa sebarang pertolongan...dalam beberapa minit kemudian sebuah van lagi melenyek kaki budak itu dan mengakibatkan bayi tersebut dalam keadaan mengepupur akibat menahan kesakitan....hanya seorang cliner perempuan itu sahaja yang menyelamatkan bayi berkenaan...kini bayi itu berada di hospital...bayi itu dikatakan dalam keadaan kritikal dan bila bila masa sahaja dia akan pergi....hanya bantuan oksigen bergantung harapan..tubuh bayi tersebut tidak memberi tindak balas...doktor berusaha menyelamatkan bayi berkenaan....moga pihak berkuasa dapat menangkap pemandu van tersebut dan diberi hukuman seberatnya...





p/s : tiada apa yang aku boleh katakan..melainkan mendoakan semoga bayi itu pulih dengan sepenuhnya...insyallah....sungguh menyayat hati.....terharu dan bersimpati dengan keadaan yang menimpa beliau....

Selasa, 11 Oktober 2011

Mari Mari


Haiiiiiiiiiiii..tak sabar nak pergi bercuti...bilalah dapat pegi bercuti macam ne punya ruper !!!....

Selasa, 4 Oktober 2011

Seksi Selit Menyelit..

Baru baru ne kita digemparkan satu berita panas...mengatakan negeri johor terlalu teruk dengan kes kes jenayah...berbanding dengan pulau pinang yang aman dan damai..kalau nak diikutkan secara saikologi kes jenayah dimana mana sahaja akan berlaku..bak kata perpatah ikut nasib badan..aikk aikk...sebaiknyer beliau tidak sepatutnyer berkata sedemikian untuk menarik minat pelancong dan meningkatkan ekonomi sesebuah negara...kecik hati orang johor termasuk menteri, sultan dan pihak berkuasa seolah olah tidak mentadbir dengan baiknyer...sebagai manusia kita boleh bezakan mana yang bagus dan tidak..setelah diberi keterangan lanjut semua pihak dapat fahami dengan jelas..hope perkara ini tidak berlaku lagi...Hidup Negeri JOHOR !!!...

Isnin, 26 September 2011

Jeng..Jeng...Jeng

Pagi ahad aku cuba ajak beliau bersiar siar....sungguh luar biasa...sungguh menabjubkan...aku kagum dengan beliau...yang shok tu beliau mengikut sahaja arahan aku.....beliau sungguh bersabar..kemana sahaja yang aku ingin tala beliau ikut dengan mesra....i like..i luv u so much....begitulah cinta dan kesetiaan aku kepada beliau....aku berazam tidak akan berlaku curang dan tidak sekali kali akan terlintas dibenak ati ini akan mencari pengganti beliau....aku pun berharap beliau begitu juga....dapat menerima aku seadanyer....beliau yang dimaksudkan ialah jeng..jeng...jeng..." Kereta Evo Ku ".

Akhirnya siap sudah kereta aku...hampir dua minggu aku tunggu...hampir 2k lebih juga habis..apa boleh buat dah bertahun tahun kereta tu aku tak repay....dari anak buah aku first tak ada sampai dah ada adik empat orang..bayangkanlah berapa lamanya kereta tu bertahan...walauapapun alhamdulilah sebab memahami tuannyer....tapi memang patut pun die rosak kikikikikiki....cuma stater je aku belom tukar...hope bertahan..jgn die mati tengah jalan tak boleh stat sudah...tapi abg aku dah offer awal awal kalau kereta evo aku ada mengalami malasah die dan rakan rakan akan tolong....hik hik hik....

Nak sebut apa masalah beliau pun aku tak tahu...tapi yang pastu rem 3 tayar bengkok..tayar semua urat urat dah tercabut tunggu nak meletop..kahkahkah..sungguh ganas aku bawak kereta evo itu...masalah enjen jangan cakaplah memang banyak kene buang...hope lepas ne die tak buat hal...apa yang penting bila aku guna beliau pagi itu sungguh menabjubkan seolah olah macam pakai kereta evo baru...brom bromm brommm....sian terima kasih...

Jumaat, 23 September 2011

Percintaan Ini - Ezad Lazim

Masih terbayang di ruangan mataku
Saat indah bersamamu dulu
Masihku ingat janji manismu
Bertakhta di hatiku
Oo oo oo

Di kala itu engkau lah bintang
Menyuluh malam yang kegelapan
Tetapi kini tiada lagi
Tinggal aku sendiri

Percintaan ini amat memilukan
Perpisahan ini sungguh menyakitkan
Namun apa daya terpaksa ku telan semua kepahitan

Kepiluan ini meracun hidupku
Kesunyian ini membunuh jiwaku
Tergamak kau sayang
Melihat diriku dalam kesedihan
Dipermainkan olehmu

Sia–sia saja percintaan ini
Tak bisa sampai ke puncaknya
Sekelip mata hilang semuanya
Yang tinggal hanya airmata

Oo oo oo

Percintaan ini amat memilukan
Perpisahan ini sungguh menyakitkan
Namun apa daya terpaksa ku telan semua kepahitan

Kepiluan ini meracun hidupku
Kesunyian ini membunuh jiwaku
Tergamak kau sayang
Melihat diriku dalam kesedihan
Dipermainkan olehmu

Sia–sia saja percintaan ini
Tak bisa sampai ke puncaknya
Sekelip mata hilang semuanya
Yang tinggal hanya airmata

Oo oo oo

Bertemu Cintaku – Ezad Lazim

Di sini aku telah lalui
Detik hitam silam
Pernah menghantuiku

Apabila bertemu dirimu
Berubah segalanya
Kerana kejujuranmu

Kasih cara bicaramu
Senyum di bibirmu
Membuat ku rindu

Chorus
Tak pernah aku terfikir
Akan bertemu cintaku
Malah ku telah cuba melupakan semua
Tapi sukar kali ini
Akan aku terimamu
Sama kita berpimpinan
Jalin hidup yang indah bersama dirimu
Ku akui ku cinta padamu

Ulang Chorus

Jalin hidup yang indah bersama dirimu
Ku akui ku cinta padamu

Khamis, 22 September 2011

Loyerrr Gila....

Sejak dua menjak ne rasa menyampah nak pegi opis..rasa tak de mooddd....rasa nak muntah..rasa loyer..rasa jijik bila dengar suara mereka...lagi lagi bila tengok mahluk mahluk yang aku tak berkenan...ada depan mata pulak tu...selama ne aku respek die sebagai orang yang alim...tapi sangkaan aku meleset sama sekali....bak kata perpatah manusia bertopengkan syaitan....kenapa kejam sangat mereka ini.....kalaulah aku ada kuasa power renjes maunyer aku sembur die dengan api...biar terbakar hangus...dah lah paras rupa tak seberapa jagalah perangai elok elok....sumpah aku tak respek dah mereka ini....

YaAllah kau lindungilah aku dari dugaan ini..dan dari godaan ini..kuatkanlah iman aku untuk menempuh segala onak dan duri dalam kehidupan....jauhkanlah aku dari sifat sifat keji lagi hina..buangkanlah ia dari pandangan mata aku....sesungguhnya aku tidak sanggup menerima segalanya....maafkanlah segala dosa dosa aku YaAllah.....aminn ~...

Jumaat, 9 September 2011

Saya Gadis Baik Lagi Budiman...Kalau Tak Caya Cer Call Saya...


Bila aku baca balik ayat-ayat dalam blog aku ne..macam hampeh pun ye…hik hik hik…aku ne manusia biasa..bila hidup ditengah-tengah kota macam-macam ragam aku jumpa…dari situ macam-macam bahasa baku aku dengar…ingatkan tak nak ambik pusing tapi bila senang terpengaruh bahasa aku yang ibunda pun dah bertukar rentak menjadi bahasa rock…tak gitu??? kompom-kompom orang tak kenal aku, leh cop aku gadis litar ehhh litar?? lu fkirlah sendiri….( lom kenal lom tau )…tak cayer Tanya kawan-kawan baik aku…

Hope kepada kengkawan yang kenal atau tidak..kenallah aku dulu baru tau…sekian terima kasih..

Hidup Hantu Bonceng..Terbaikk dari Ladang Lembu….!!

Khamis, 8 September 2011

Apa itu Hati ??

Susah nak jaga hati orang...ada je yang tak kene...ada je yang buat aku rasa tak bagus...bila nak difikirkan balik pegi jahanamlah sama korang...lu punya hati lu fkirkan sendiri...lu dah besar takkan semua orang nak ajar...bila aku bagi pendapat dan dorongan tak nak ambik kisah ...benda dah jadi macam ne sendirilah tanggung...ini tidak nak melibatkan orang lain...sekarang bolehlah aku bersabar...sok lusa bila nasihat aku tak diendahkan harap maafkan...aku bahasakan je...hik hik hik..." ADA AKU KISAH " selagi ko respek aku...aku akan respek ko...ahak's

Selasa, 6 September 2011

Al-Fatihah Untuk Allahyarham Noramfaizul

Pemergian Allahyarham Noramfaizul yg tak dijangka mengejutkan ramai pihak terutama ahli keluarganya. Kesedihan menyelubungi & sedu tangisan iringi ketibaan kumpulan misi Bantuan Kemanusiaan di Somalia semalam. Ramai pihak yang datang menghulurkan bantuan tidak kira juga ada yang datang hanya sekadar memberi penghormatan terakhir tanda simpati kepada keluarga beliau. Kepulangan misi Bantuan Kemanusiaan di Somalia semalam diiringi tangisan oleh keluarga beliau, bah kan seluruh rakyat Malaysia juga merasai pemergian Allahyarham Noramfaizul .

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut menyifatkan kematian Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor sebagai mati syahid akhirat kerana terkorban ketika bertugas dalam misi menghapuskan kejahilan, kemiskinan dan penyakit yang melanda Somalia. Salam Takziah kepada kelurga Allahyarham Noramfaizul dan pada 54 anggota misi bantuan kemanusiaan yang lain, anda wira kami untuk negara tercinta Malaysia.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Noramfaizul moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di tempat orang yg berima, amin.