Azizi & Ayu

Azizi & Ayu

Isnin, 23 Disember 2013

Awesomeeee

 
 
 
Pewettt
 
23/12/2013 (isnin)..setelah sekian lama naik kereta meredah jem berjela-jela...arine dan seterusnya sampai tahun baru aku dengan ucuk akan naik brommm....brommmm....brommm...alangkah bahagianya...gerak pukul 7.30pg pun tak ada masalah....kasi bawak laju-laju sambil berjimba....waktu bangun pagi pun akan berubah seawall pukul 5.30pg bertukar menjadi 6.00pg....awesomeee...!!!!
 
Mulai saat ini makan pagi, tengahari, kami akan bersama-sama....macam tak boleh berpisah pulak....kikikiki (over-over)....hope semuanya terkawal dengan rapi....banyak plen yang sudah direncanakan.....Hepy Saat Dibonceng Bersama Naik Moto!!!!

Isnin, 7 Oktober 2013

Peristiwa Best...

4 oktober 2013, setelah sekian lama tak update blog..arine nak cerita sikit peristiwa best...pagi tadi ajak ucuk renew roktek tapi die tak moh pegi sebab nak makan...ati dah mula nak marah...tapi sib baik pujukan mesra tak jadi nak majuk...hikhikhik....kalau majok memang rugi sebab my ucuk belikan kita adiah...adiahnya baju, baju yang selama ini aku nak sangat...sonok tak terhingga...tak sabra nak pakai baju tu nanti..harap hubungan kami berkekalan sampai akhir hayat....aminnnn....
tq mu ucukkk sebab selalu ingat kita wapau dimana berada..luv u so muchhh.....

Rabu, 24 April 2013

Arine my ucuk belanja lunch lagi heheh...alhamdulilahhh syukurrr...lepas dah belanja tu my ucuk belanja beli gelang tangan silver hehheh...walaupun bukan emas tapi aku tetap terharu dengan pemberian my ucuk....sekarang gelang ne berada di tangan...apa2 perkara jahat nak buat pasti terpandang gelang my ucukk..jadi tak dapatlah nak buat perkara2 yang dilarang....lip lap lip lap.....sayang mu ucukk luv u so muchhhhhh.....akan setia dengan my ucuk sampai akhir hayat...amin amin aminn....


Gelang Tangan Silver - My Ucuk Beri
 

Lepas balik lunch kengkawan beri henbeg...heheheh hepynyerrr..leh pakai beg baru lepas ne..!!!!

Hepey Besday ( 22 April 2013 )

Hepey Besday AYU yang ke-29 tahun....tak sangka umur aku dah cicah begitu jauh....hehehheh....alhamdulilah aku sehat dan bsyukur dengan nikmat yang engkau berikan yaAllah...kegembiraan aku lagi terpancar bila kehadiran DIA yang disayangi...aku doakan agar jodoh aku dengan dia berpanjangan sampai akhir hayat...aminn...

Mak dan adik serta fmly abg disisi selalu menyokong dikala memerlukan..jasa baik beliau tak dapat aku lupakan....hanya doa yang aku pohonkan agar beliau sehat sentiasa....aminn..

Ayah dan Angah...walaupun tiada lagi didunia ini ayu selalu mengharapkan suatu hari nanti kita akan disatukan sebagai keluarga seperti dulu..ayu rindu sangat2 saat2 kita dahulu....

Rabu, 3 April 2013

CadBury Dairy Milk...


Horeyyyyy arine dapat coklat....hepy hepy hepy sangatttt....mood yang kureng tadi kembali ceria...mrs. p pun dah online....terima kasih my yayang ku....sebab memahami perasaan ini....kalau selalu majok kan best..dapat coklatt selalu...wiiiiii.....luv u so muchh muahhh....
 
Rasa Sayang Nak Makan....hikhikhik...
 

Emosi Terganggu...

Bila mrs. p tak muncul tiba mulalah mood nak marah, sedih, bengang, menyampah..semua bende buat tak kene...orang disekeliling rasa benci...cakap silap sikit mesti nak melenting....tengok-tengok nak menaip pun rasa macam nak hempas key-bot ne...tak suka dengan perasaan macam ne....yang paling tak boleh terima semalam bila beliau tak ambik duit tu...dah penat-penat buat keje napa tak menghargai pemberian yang diberi....bila ditanya kenapa??? kesian kesian kesian....napa tak kesian pada diri sendiri??? bukannyer nak dengki tapi biarlah pergorbanan tu dinilai....
 
 
 
Bila mrs. p nak menyerang sasaran yang paling dekat ialahh ??? hehheeh....mesti kene marah...semalam timbol isu, kenapa tak boleh nak hantar pegi keje bila masuk keje lambat??? bila alasan yang diberi tak memuaskan hati...mulalah nak mengamuk...???? dah penat nak bercakap akhirnya ???? tunggu aku down dulu....sian kat die tak pasal-pasal kene marah hehehhehe......nanti kalau mrs.p dah online mood kembali seperti biasa....muahhh namo kecik ati yee...!!! wiiiiii...

Jumaat, 22 Mac 2013

Kupu-Kupu Malam



Arine my ucuk nak pegi perak...sabtu pagi baru balik...sepilah aku cuti minggu ne..my ucuk ajak keluar tapi masing-masing duit tak de..hehehhe..maklumlah gaji minggu depan so tak boleh nak berpoya-poya.....lepas kawin gan my ucuk kenelah aku belajar bersabar...lepas kawin orang kata banyak dugaan...hope my ucuk dapat bos yang memahami lepas pesaraan beliau....tak sabar nak tunggu my ucuk balikk...nak pelok die kekuat..yehh wiiiiii...luv u my ucuk ku...

Rabu, 20 Mac 2013

I luv u more..

Taraaaaaaaaaaa!!!....akhirnya pic tunang ditayangkan juga...selama ini bukan tak nak tayang cuma nak simpan dalam ati sesorang tak nak sesiapa tahu...tapi macam kesian pulak dengan die...ini ucuk cinta hati kita...sweett kan...serupa dengan muke kita...itulah dinamakan jodoh....tak kisah orang nak cakap apa...yang penting aku bahagia dengan dia..tak lupa juga dengan femely tercinta....hepy punya pasal...tak sedar berat badan dah bertambah..wakakakkaka.....


Yayang Ucuk...
 

Jumaat, 8 Februari 2013

Perempuan Lindungan Kaabah

Sekarang ini lepak dengan membaca NOVEL : PEREMPUAN LINDUNGAN KAABAH, memang hebat jalan cerita, tapi sayang ayat sering berulang-ulang, mungkin penulis nak buat lebih panjang lebar punya jalan cerita agar nampak lebih tebal (hehehhe) walauapapun tetap menarik, lagi-lagi bila bab suami isteri begurau senda, mulalah aku terfikirkan MY LOVELY!!.

Makin lama bergelar Tunangan orang ne, makin tak tahan pulak nak jadi gelaran seorang isteri soleha, bila dua novel mengenai rumah tangga aku baca, banyak juga pengajaran dan pembelajaran yang aku dapat pelajari, cuma tak boleh nak sempurnakan jek (hikhikhik), hope bila dah bergelar isteri lepas ini aku sudah tahu apa yang halal dan apa yang haram, bende yang perlu dimintak izin supaya tidak mengundang doa, aurat diri dan suami perlu dijaga agar tidak mengaibkan diri masing-masing, makan minum, pakai, terutama sekali nafkah, serta keperluan harian suami, untuk permulaan kewajipan mesti aku demam (hahahah), sebab urat sarap yang manja sudah menjadi kejang (huuuuuuu)..anyware aku sungguh bahagia bersama dengan ML..

Sambung baca balik novel..........lalalalalal

Lelaki ooOooo Lelaki

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.
Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.
Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.