Azizi & Ayu

Azizi & Ayu

Rabu, 22 September 2010

Cara Memikat Hati Wanita

Kadangkala orang lelaki beranggapan terlalu mudah untuk mendapatkan hati seorang wanita, namun tidak semua. Setiap manusia mempunyai hati dan naluri yang berbeza yang mempengaruhi sikapnya. Di sebalik kelembutan seseorang wamita itu terselit juga keegoaannya yang jarang mereka tonjolkan. Oleh itu kaum adam belajarlah cara untu menambat hati wanita yang anda sayangi.
Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai-itulah perempuan.

Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada di zaman sekarang. Seringlah menelefon atau menghantar e-mail untuk bertanyakan khabar atau paling minima mengucapkan Hai untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.

Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan.

Jangan kamu ambil remeh-temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting, contohnya hari ulang tahun. Apa salahnya buat surprise sekali sekala kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan yang kamu betul-betul menyayanginya.

Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu.Inilah masanya untuk kamu menonjolkan ke macho an kamu!.

Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu di sisi mereka.

Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian.

Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Jangan kamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah perempuan tidaksuka menyatakan secara terus terang tentang apa yang mereka inginkan, kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh cerita orang lain kepada kamu. Jadi kamu kenalah peka dan gunakan kepakaran kamu untuk memenangi hati mereka.

Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar..lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati.

Mereka akan meletup pada suatu hari. TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal .Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi amat penting.

Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah sejuk . Mungkin kamu juga boleh cool kan diri kamu dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka cemburu. Itu kerana mereka SAYANGkan kamu!

Selasa, 7 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri


p/s : Dikesempatan ini aku ingin ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua umat islam, Moga raya tahun ini memberi satu kenikmatan dan keberkatan...berhati2 kepada semua warga kota yang ingin pulang kekampung halaman....Amin !!

Isnin, 6 September 2010

Perghhhhhh....







p/s : Sapa impikan motosikal diatas, silalah PM sy...aikkk, ada hadiah menanti anda... ( gila dh ne )

Kata-Kata Hikmat

Adakalanya kita perlu MENANGIS...
Agar kita tahu hidup ini bukan sekadar KETAWA...
Dan adakalanya kita perlu KETAWA...
Agar kita tahu mahalnya nilai AIRMATA...
Bersyukur pada orang yang MENYAKITI kamu...
kerana dia yang menabahkan kamu...
Bersyukur pada orang yang tak MENGENDAHKAH kamu...
kerana dia orang yang MEMPERHEBATKAN kemampuan kamu..
Bersyukur pada orang yang MENYIKSA kamu...
kerana dia yang menguji KESABARAN dan KETABAHAN kamu...

Jumaat, 3 September 2010

Ferrari Theme Park - Abu Dhabi







p/s : Dah macam ikan pari aku nengok tempat park Ferrari ne....


Kek Cup Yang Lazat...






p/s : Cedapnya kalau dapat makan kek cup ne...yam 3x..... nasib baiklah bulan pose kalau tidak compom aku beli....( sejak bila plak aku suke makan kek cup ne, setahun aku ada kat sebelah pun aku tak heran)... Nafsu..Nafsu...

Paderi Melayu..wooshh... . Astaghfirullah

PADERI MELAYU YANG BARU TIBA DARI SINGAPURA BERADA DI SINI SEKARANG - RAZMAN ZAKRI

PADERI MELAYUPLEASE FORWARD THIS MESSAGE TO OTHER MUSLIMS.. SEKARANG KRISTIAN SEDANG AKTIF DI SEREMBAN 1900 ORANG PADERI MELAYU YANG BARU TIBA DARI SINGAPURA BERADA DI SINI SEKARANG.


MEREKA MENGGUNAKAN SIHIR. BERHATI- HATI DENGAN AIR MINERAL JENAMA:-

1. AL -BARAMKAH

2.AL-MANSORI

3. AL-BISTARIA


P/S : SAMA ADA DIPEROLEHI SECARA PERCUMA ATAU DIJUAL MURAH SEMUA AIR-AIR INI TELAH DICAMPUR DENGAN 'HOLY WATER' TOLONG SEBARKAN MESSAGE INI KEPADA SEMUA UMAT ISLAM/SAHABAT/SAHABIAH & DLL. SESUNGGUHNYA KITA TAK TERMAMPU MEMEGANG SENJATA UNTUK MENEGAKKAN AGAMA ISLAM, AKAN TAPI KITA BOLEH LAKUKAN DENGAN SEND MESSAGE NIE .. SEMOGA JASA BAIK INI DIRAHMATI OLEH ALLAH SWT..

Isnin, 30 Ogos 2010

Hikmah Sujud

Sujud lega sistem pernafasan

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud pula boleh:
  • membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
  • membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
  • melegakan sakit hernia. (burut)
  • mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
  • melegakan paru-paru daripada ketegangan.
  • mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
  • kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
  • meringankan bahagian pelvis.
  • memberi dorongan supaya mudah tidur.
  • menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
  • pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
  • bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
  • mengurangkan kegemukan.
  • pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions) .
  • organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
  • mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Tujuh kalimat

Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "

  • Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
  • Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
  • Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut
  • Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
  • Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
  • Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
  • Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa
AMIN...

Aku, Kau Berbeza...Aku, Kau Istimewa...

LELAKI

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN?? Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..) Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita :
1. ibunya , 2. isterinya , 3.anak perempuannya , 4. saudara perempuannya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu 2. puasa di bulan Ramadhan 3. taat suaminya dan 4. menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita .... Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. .supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA.. "Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103) Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

Khamis, 26 Ogos 2010

Duit Raya

kringgg…kringg….talifon berbunyi…

aku : helo bahagian tut bercakap..

engko : wey, ko ada dengar berita tak tadi?

aku : apa die, xde dengar apa-apa pun, baru pas balik dari solat

engko : tahun ne kita raya lee…najib bagi RM 500.00 yong oiii…

aku : engko bior betol, patut le semalam aku mimpi banjir tsunami..hahhahha

engko : takde maknernya semua mimpi-mimpi ko tu, menong…hahhahah

yeah….yeah dapat duit raya….yabedabeduu..oooooo….tahun ne nampaknyer raya sakan lah yong oii…..hehehehh…..dapat duit raya RM 500.00 walaupun nilai tu tak seberapa bagi aku, tapi aku tetap bershukur, so sekarang nak fikir bende apa yang aku lom beli lagi coz sebelom ne pun tak beli apa-apa..mengong heheh…kecuali beg raya je yang sempat aku beli kat jalan tar..nak buat mcm mana bajet lari weyyy….ekonomi bulan august 2010 merundum jatuh menyembah kebumi kerana gara-gara nak tacup buah hati kesayangan ( kereta )..inilah habuan yang aku dapat kalau bersabar dibulan yang penuh keberkatan…hope raya ne biarlah memberi seribu kebahagian..nak buang segala memori raya tahun lepas sebab penuh dengan kisah duka nestapa…cewahhhh !!...

Rasanya tak terkawal senyum kambing ne, dah sampai tahap cipan dibuatnyer…hahahahhaha. sambil dengar lagu raya sambil teringatkan ayah dengan angah..hope dorang bahagia disana nanti adik datang jumpa ehhh….oklah idea pun dah tercurah nak buat keje sekolah plak hahahhaah…dah tua Bangka pun ada keje sekolah ( tipu je )