Azizi & Ayu

Azizi & Ayu

Selasa, 27 Julai 2010

Arts Profesional


p/s : Pic ne aku ciplak dari seorang pelukis yang berbakat besar..(dh mcm aku pun ada ne.. kuang3x)

Khamis, 22 Julai 2010

Perempuan Tak Cantik Dipandang Rendah ...

Kalau perempuan cantik pendiam
lelaki akan kata: wow!ciri2 isteri idaman...

Kalau perempuan tak cantik pendiam
Lelaki akan kata: tak reti berkomunikasi agaknyer...

Kalau perempuan cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: mst ada krisis nih...kesiannyer...

Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: dah la tak lawa,perangai plak mcm sial!!

Kalau perempuan cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: wow!heroin sejati...

Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: hmm...taktik nak ngorat la tu...

Kalau perempuan cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: ok la...bagai pinang d belah dua...

Kalau perempuan tak cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: kesian...mst dah kena bomoh lelaki tu...

Kalau perempuan cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu btol mamat tu!!

Kalau perempuan tak cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: patut pon kena reject..

Kalau perempuan cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: don't worry,i will make u happy forever...

Kalau perempuan tak cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: ckit2 nangis!! banggang tol..ngade2 la...

Kalau perempuan cantik pandai masak
Lelaki akan kata: dah la lawa,pandai masak plak tu...

Kalau perempuan tak cantik pandai masak
Lelaki akan kata: ntah sedap ke tak tu...

Kalau perempuan cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: syoknye!!rindu la tu...

Kalau perempuan tak cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: ko ni takde keje lain ke??!sibuk ni tau tak!

Rabu, 21 Julai 2010

Terima Kasih Bicara Hati : )

Ku sangkakan panas hingga ke pagi upernya ujan disubuh hari
disebalik rahmat dipagi ini, aku dapat award lagi yabedabaduuuuu !!!...

1. Anda mesti beri pujian pada pemberi award ni nurul-izwa.blogspot.com
kerana memberi award yang sungguh berharga, piss now word..

2. Ermm buat masa ne tak ada sesiapa yang memikat ati ku ini..

3. Bagaimana anda boleh digelar blog yg best n great?

idak le bagus sangat blog aku ne, sekadar berbicara luahanperasaan
yang agak terpendam..di blog inilah sahabat yang mampu mendengar segala-galanya


Ilmu

Kau seorang buta
tanpa ilmu di dada
sentiasa lemah teraba-raba
menghadapi pancaroba dunia

Kau seorang pekak
tidak mendengar kalimah
hikmat
memandu arahmu
kau lena sesat

Kau seorang bisu
suaramu tenggelam
tiada harapan dan perhatian
kau kan hilang

Buta, pekak dan bisu
tetap milik mu abadi
selagi ilmu tiada kaumiliki

Renung-Renungkan Dan Selamat Beramal


Jumaat, 16 Julai 2010

Sob...Sob....

Seorang Pelancong Cina masuk kedalam sebuah bar di Hawaii dan dia amat terperanjat kerana didalamnya terdapat Steven Spielberg! Pengarah filem yang ternama. Sedang dia enak menikmati minumannya tiba-tiba beliau melihat pengarah filem tersebut meluru kepadanya dan melepaskan sebiji penumbuk.

Setelah bangun dari duduknya, beliau menjerit "Apa pasal engkau tumbuk aku ni?"

Pengarah filem tersebut berkata," Itu sebagai balasan di atas pengeboman Pearl Harbor, datuk aku mati pada masa tu".

Cina tersebut membantah. "Aku bangsa Cina laa bodoh! apa kena mengena dengan Jepun pulak?" Pengarah filem tadi membalas "Aaah..! Jepun, Cina, Burma, Vietnam, korang semua sama aje!"

Keadaan kembali reda selepas itu. Setelah memesan sebotol beer lagi, Lelaki Cina tadi terus meluru kepada Pengarah filem dan memberi satu tumbukan yang padu.

"Apa pasal kau tumbuk aku pulak ni?" balas sang pengarah filem.

"Itu sebagai balasan kerana menenggelamkan Titanic, moyang aku ada dalam kapal tu dan mati" balas Cina tadi.

"Aaahh! Iceberg, Carlsberg, Spielberg... korang semua sama aje...!"

p/s : (Wanted) barang siapa yang menyumpai lelaki sewel yang bertindak melulu seperti diatas, sila campakkanyer didalam lombong taik !

Brommmm....Brommmm...Cun




p/s : Sapa dapat bawak aku naik kereta seperti diatas, kompom aku terima pinangan die....kahkahkah ( ada bran!!! silakan )

Beza Diantara Suka Dan Cinta

1- Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

2- Di hadapan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

3- Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

4- Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

5- Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita akan bebas berkata apa saja.

6- Kita tidak akan merenung mata orang yang kita cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang yang kita suka.

7- Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut jua menangis. Bila orang yang kita suka menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.

8- Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka.

BEZA ANTARA `CINTA’ DAN `SAYANG’

Apa makna 'cinta' dan apa pulak makna 'sayang'? Adakah cinta itu lebih besar dari perasaan 'cinta' ataupun 'sayang' itu lebih mendalam dari perasaan 'sayang'? setiap kali soalan ini diajukan, lelaki pasti mengatakan bahawa 'cinta' mereka adalah agung, terlalu besar dan tidak dapat dinilaikan oleh seorang wanita.

Ada sesetengah orang, mengerti erti 'cinta' dan 'sayang' dari pengalaman yang agak menarik. 'cinta' selalunya menyakitkan, menyedihkan, memerlukan pengorbanan dari ramai pihak. 'cinta' yang diagungkan tidak banyak yang kekal. 'cinta' banyak merosakkan keyakinan diri, maruah dan juga kepercayaan seseorang terhadap kehidupan yang bahagia.

Perasaan 'sayang' adalah satu anugerah Tuhan terhadap makhluknya. 'sayang' tidak semestinya dibalas oleh pihak yang kedua mahupun yang ketiga. perasaan 'sayang' yang ada dalam diri lebih luas dan mendalam terhadap setiap makhluk yang ada dibumi ini. melihat kebahagian orang yang kita 'sayangi' merupakan satu perasaan indah yang tak mungkin dapat dinilai dengan wang ringgit.

Bagi mereka yang sedang asyik ber'cinta', cuba fikirkan, sekiranya seseorang itu kita 'cintai', bukankah kita tidak sepatutnya bergaduh, mungkir janji, saling memarahi dan mencurigai sesama diri.terpulang pd diri sendiri.

Cinta pd Allah sudah semestinya. Tp jika kita dah temui insan yg sejati, cinta itu hadir tanpa disedari. Percayalah... .. Masih ada manusia yg baik di bumi Allah ini.

Isnin, 12 Julai 2010

Bunsan Tahap Dungaaa ~~

bosan…bosan…bosan…

bosan dengan diri sendiri sbb tiada keyakinan

bosan dengan keadaan sekeliling

bosan dengan rakan-rakan yang selalu memperkotak katik perwatakan

bosan dengan sikap ego dan egois

bosan dengan perjalanan hidupku sehari-harian

bosan dengan keje yang tgh aku hadap sekarang

bosan dengan orang atasan yang selalu memerintah

bosan dengan keadaan orang yang lalu menipu dan ditipui


dalam erti kata aku dikelilingi dengan suasana kebosanan yang amat meluap-luap bagai gunung berapi..

Selasa, 6 Julai 2010

Luahan Hati Binatang

Sedap-sedap jer korang kata bodoh cm lembu ye ?!! ingat aku sekor je ke yang bodoh tak sekolah ? Tu banyak jer binatang lain tak pergi sekolah apsal tak kata bodoh cm kambing ker ayam ker...
Ikut suka aku la nak makan anak aku, aku lapar!!! Yang dorang kecoh-kecoh HARUAN MAKAN ANAK nie apahal ? kutuk-kutuk aku pun harga aku berapa dah sekilo, mahal kan..kan... kan..

Kenapa lak babitkan nama aku nie ? APASAL MACAM KERA KENA BELACAN ? Aku bukan makan sambal belacan pun~ tak glamer langsung la ! Letak la MACAM KERA KENA MANIS GULA kee... manis sikit!

Elehhhh... apa hal jadikan aku perbandingkan lak nie...?? MULUT BISING MACAM MURAI TERCABUT EKOR... .Tu pompuan-pompuan tu lagi la... mulut dorang lagi bising kalau membebel..Tapi kan.. ada satu lagi binatang aku nak tambah iaitu...

BABIS

Serius x faham kenapa orang selalu mencarut guna nama aku?? apa salah akuuuu..??? walaupun aku haram untuk dimakan oleh umat Islam, takkan la sampai nama aku pun korang guna buat bahan mencarut! betul2 x adil neh! (luahan hati si khinzir...)

Jumaat, 2 Julai 2010

Awek Paling Cung Yang Penah Aku Lihat.....Ewahh !!


p/s : Sila tiru aksi ini jika dah terbiat mau mati ...Dalam Taman Ada Longkang... hahahahah

Khamis, 1 Julai 2010

Bowling Bersama Kawan....

Superpower !!

Girl Pinggiran Berjalan Sambil Berpozing..

Pisss.....Sob Sob Sob

Pililah Semuanya Singel Mengel..Lagi2 Yang Tak Pakai Tudung Tu..Cun Sokmo..

Bau Masam, Tengok Sepatu Sapa Yang Tecik..

Lobang Idung Sapa Yang Beso??

Bola Yang Ijo Cair Tu, Mcm Dah Tau Je Bola Menghala Kemana..HAhHAAh

Group Menang..Yehaaa

Group Kalah...Cian Kami..eRMMM


Aik, Anak-Anak Ikan...

Cinta Yang Tulus Dalam hatiku

Cinta yang tulus dalam hatiku
Membuang semua hasrat dan mimpiku
Tuk bisa menyatakan sayang
Tuk bisa mengungkapkan semua
Pada dirimu

Tak mungkin bagiku tuk memilikimu
Segala rasa yang pasti tak mungkin
Tuk bisa kau terima semua
Tuk bisa ku nyatakan rasa
Ku cinta kamu

Ketika bunga tak bermekar lagi
Dan dunia tak mungkin berputar lagi
Saat cinta tak membakar hati ini
Kau kan tahu betapa ku mencintaimu
Betapa aku menginginkan kamu