Azizi & Ayu

Azizi & Ayu

Jumaat, 16 Julai 2010

Beza Diantara Suka Dan Cinta

1- Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

2- Di hadapan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

3- Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

4- Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

5- Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita akan bebas berkata apa saja.

6- Kita tidak akan merenung mata orang yang kita cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang yang kita suka.

7- Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut jua menangis. Bila orang yang kita suka menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.

8- Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka.

BEZA ANTARA `CINTA’ DAN `SAYANG’

Apa makna 'cinta' dan apa pulak makna 'sayang'? Adakah cinta itu lebih besar dari perasaan 'cinta' ataupun 'sayang' itu lebih mendalam dari perasaan 'sayang'? setiap kali soalan ini diajukan, lelaki pasti mengatakan bahawa 'cinta' mereka adalah agung, terlalu besar dan tidak dapat dinilaikan oleh seorang wanita.

Ada sesetengah orang, mengerti erti 'cinta' dan 'sayang' dari pengalaman yang agak menarik. 'cinta' selalunya menyakitkan, menyedihkan, memerlukan pengorbanan dari ramai pihak. 'cinta' yang diagungkan tidak banyak yang kekal. 'cinta' banyak merosakkan keyakinan diri, maruah dan juga kepercayaan seseorang terhadap kehidupan yang bahagia.

Perasaan 'sayang' adalah satu anugerah Tuhan terhadap makhluknya. 'sayang' tidak semestinya dibalas oleh pihak yang kedua mahupun yang ketiga. perasaan 'sayang' yang ada dalam diri lebih luas dan mendalam terhadap setiap makhluk yang ada dibumi ini. melihat kebahagian orang yang kita 'sayangi' merupakan satu perasaan indah yang tak mungkin dapat dinilai dengan wang ringgit.

Bagi mereka yang sedang asyik ber'cinta', cuba fikirkan, sekiranya seseorang itu kita 'cintai', bukankah kita tidak sepatutnya bergaduh, mungkir janji, saling memarahi dan mencurigai sesama diri.terpulang pd diri sendiri.

Cinta pd Allah sudah semestinya. Tp jika kita dah temui insan yg sejati, cinta itu hadir tanpa disedari. Percayalah... .. Masih ada manusia yg baik di bumi Allah ini.

Tiada ulasan: