Azizi & Ayu

Azizi & Ayu

Isnin, 14 November 2011

Tiada Tangis Lagi

Tajuk/Lirik Lagu: Tiada Tangis Lagi
Artis/Penyanyi: Ella

Engkau jadi kenangan dalam hati
Terlalu lama engkau pergi
Angin masih begitu
Alur nan biru
Memayungi taman kalbu

Kiambang menjadi lambang
Kau bagai bayang-bayang
Kini kuterbuang

Di danau tenang selalu
Seolah tidak tahu gelora di hatiku
Selama hayat ini kusimpan rahsia hati

Kukenang masa nan lalu
Terasa pilu
Ke mana harus ku mengadu

Kiambang menjadi lambang
Kau bagai bayang-bayang
Kini kuterbuang

Di danau tenang selalu
Seolah tidak tahu gelora di hatiku
Selama hayat ini kusimpan rahsia hati
Di sini kuberdiri
Tiada tangis lagi

Khamis, 3 November 2011

Aku saja tak nak post cerita yang tersergam indah dalam kepala otak aku ne..kasi peram lama sikit..baru menghasilkan karya yang menarik...cerita pertama yang aku nak sampaikan..pasal sahabat...

Sahabat :

Baru baru ne aku dengan mak ada pegi pejabat tanah kat bandar baru selayang..tak sangka member satu tadika dengan aku dulu jumpa balik..nama dia "Helmi" masa mula mula bersua memang masing masing terkejut..so aku dengan rasa tenang menyoal..

aku : ko buat apa kat sini? mana mak ko?

dia : macam biasalah nak serahkan borang ne..hehehe, ada kat luar tu..

aku : ko setuju ke tak?

dia : setuju jek...ko?

aku : aah belasah jek...hheheh

mak aku : helmi ke ne? laaaaa dah besar ko ekk..dulu masa kecik tarik kain mak kalau nak g kedai...

aku : ( ingat lagi mak aku gan die ne ) gud gud....

Dulu masa kecik kecik aku dengan die jadi gosip hangat sebab menjadi pasangan menari di tadika...bila ingat balik zaman tu memang rasa nak gelak...rupanyer memang tak ubah stay macam dolo dolo...apa yang sempat kami bualkan..die keje kat cimb bank, uitm...kira dekat jugaklah....lupa pulak nak ambik nom fon, huuuu leh gurat balik...hik hik hik....

Terbaik Untuk Si Bacol !!

Hope Si BACOL tu dah baca isi kandungan yang tertera dibawah ini..Harap harap sedarlah ekkk..jadikan pengajaran..lain kali kalau nak maki maki letak je nama sendiri tak payah nak guna nama "selamba je" nampak sangat pengecot...hadoiii muak aku nak cerita pasal kau...sengal !!

Rabu, 19 Oktober 2011

Khas Untuk Si BACOl yang HINA...hik hik hik

Bila Hati Dah Menguasai Niat Jahat
Semua Bende Buat Tak Kene
Orang Semua Dikatakan Hina
Sembahyang Tongang Tongek Pun Tak Guna
Asyik Nak Cari Kekurangan Orang Sahaja
Dosa Kau Tetap Berganda Ganda
Mengaku Diri Sendiri Yang Sempurna
Anak Bini Kat Rumah Tak Nak Jaga
Sebok Jaga Hal Keliling Orang Semua
Ko Ne Manusia Jenis Apa
Tak Cukup Layanan Isteri Yang Setia Sehingga Ko Nak Pasang Scandal Yea
Tak Ada Hati Perot Dan Berbudi Bahasa
Bila Orang Mengeji Dan Mengata
Ko Sebok Nak Pasang Telingga
Cerminlah Diri Sebelom Mengata
Bahawa Kau Pun Ada Kekurangannyer




P/S : Hanya Orang Bacol Je Tak Berani Nak Letak Id Sendiri....Kah Kah Kah...!!

Rindu Sama Kamu!

Rasa sunyik pulak bila scandal scandal bz dan tak datang keje...


Bekerjalah kita sekuatnyer...chayok.....


Jahanam...kah kah kah !!

Selasa, 18 Oktober 2011

Semoga Bayi Itu Pulih Sepenuhnya..

Semalam dalam tb3 kalau tak silap ada satu kejadian yang menyayat hati..dimana seorang bayi yang berusia 2 tahun telah mengalami kecerderaan yang amat amat teruk dan kejadian itu sungguh menyayat hati ibu, aku dan seluruh rakyat malaysia....kejadian itu berlaku di cina...mengikut apa yang aku tengok bayi berkenaan merayau rayau di sebuah gudang kalau tak silaplahkan...tiba tiba ada sebuah van datang dan terus melanggar bayi berkenaan...ketika bayi itu berada dibawah van tersebut...van tersebut sekali lagi melenyek budak berkeaan dan mengakibatkan kepala dan kakinya mengalami cedera parah..akibat berada dalam ketakutan pemandu van itu meninggalkan bayi berkenaan tanpa sebarang bantuan..walaupun ada orang yang menghampiri tepat kejadian mereka hanya melihat bayi itu tanpa sebarang pertolongan...dalam beberapa minit kemudian sebuah van lagi melenyek kaki budak itu dan mengakibatkan bayi tersebut dalam keadaan mengepupur akibat menahan kesakitan....hanya seorang cliner perempuan itu sahaja yang menyelamatkan bayi berkenaan...kini bayi itu berada di hospital...bayi itu dikatakan dalam keadaan kritikal dan bila bila masa sahaja dia akan pergi....hanya bantuan oksigen bergantung harapan..tubuh bayi tersebut tidak memberi tindak balas...doktor berusaha menyelamatkan bayi berkenaan....moga pihak berkuasa dapat menangkap pemandu van tersebut dan diberi hukuman seberatnya...





p/s : tiada apa yang aku boleh katakan..melainkan mendoakan semoga bayi itu pulih dengan sepenuhnya...insyallah....sungguh menyayat hati.....terharu dan bersimpati dengan keadaan yang menimpa beliau....

Selasa, 11 Oktober 2011

Mari Mari


Haiiiiiiiiiiii..tak sabar nak pergi bercuti...bilalah dapat pegi bercuti macam ne punya ruper !!!....

Selasa, 4 Oktober 2011

Seksi Selit Menyelit..

Baru baru ne kita digemparkan satu berita panas...mengatakan negeri johor terlalu teruk dengan kes kes jenayah...berbanding dengan pulau pinang yang aman dan damai..kalau nak diikutkan secara saikologi kes jenayah dimana mana sahaja akan berlaku..bak kata perpatah ikut nasib badan..aikk aikk...sebaiknyer beliau tidak sepatutnyer berkata sedemikian untuk menarik minat pelancong dan meningkatkan ekonomi sesebuah negara...kecik hati orang johor termasuk menteri, sultan dan pihak berkuasa seolah olah tidak mentadbir dengan baiknyer...sebagai manusia kita boleh bezakan mana yang bagus dan tidak..setelah diberi keterangan lanjut semua pihak dapat fahami dengan jelas..hope perkara ini tidak berlaku lagi...Hidup Negeri JOHOR !!!...

Isnin, 26 September 2011

Jeng..Jeng...Jeng

Pagi ahad aku cuba ajak beliau bersiar siar....sungguh luar biasa...sungguh menabjubkan...aku kagum dengan beliau...yang shok tu beliau mengikut sahaja arahan aku.....beliau sungguh bersabar..kemana sahaja yang aku ingin tala beliau ikut dengan mesra....i like..i luv u so much....begitulah cinta dan kesetiaan aku kepada beliau....aku berazam tidak akan berlaku curang dan tidak sekali kali akan terlintas dibenak ati ini akan mencari pengganti beliau....aku pun berharap beliau begitu juga....dapat menerima aku seadanyer....beliau yang dimaksudkan ialah jeng..jeng...jeng..." Kereta Evo Ku ".

Akhirnya siap sudah kereta aku...hampir dua minggu aku tunggu...hampir 2k lebih juga habis..apa boleh buat dah bertahun tahun kereta tu aku tak repay....dari anak buah aku first tak ada sampai dah ada adik empat orang..bayangkanlah berapa lamanya kereta tu bertahan...walauapapun alhamdulilah sebab memahami tuannyer....tapi memang patut pun die rosak kikikikikiki....cuma stater je aku belom tukar...hope bertahan..jgn die mati tengah jalan tak boleh stat sudah...tapi abg aku dah offer awal awal kalau kereta evo aku ada mengalami malasah die dan rakan rakan akan tolong....hik hik hik....

Nak sebut apa masalah beliau pun aku tak tahu...tapi yang pastu rem 3 tayar bengkok..tayar semua urat urat dah tercabut tunggu nak meletop..kahkahkah..sungguh ganas aku bawak kereta evo itu...masalah enjen jangan cakaplah memang banyak kene buang...hope lepas ne die tak buat hal...apa yang penting bila aku guna beliau pagi itu sungguh menabjubkan seolah olah macam pakai kereta evo baru...brom bromm brommm....sian terima kasih...

Jumaat, 23 September 2011

Percintaan Ini - Ezad Lazim

Masih terbayang di ruangan mataku
Saat indah bersamamu dulu
Masihku ingat janji manismu
Bertakhta di hatiku
Oo oo oo

Di kala itu engkau lah bintang
Menyuluh malam yang kegelapan
Tetapi kini tiada lagi
Tinggal aku sendiri

Percintaan ini amat memilukan
Perpisahan ini sungguh menyakitkan
Namun apa daya terpaksa ku telan semua kepahitan

Kepiluan ini meracun hidupku
Kesunyian ini membunuh jiwaku
Tergamak kau sayang
Melihat diriku dalam kesedihan
Dipermainkan olehmu

Sia–sia saja percintaan ini
Tak bisa sampai ke puncaknya
Sekelip mata hilang semuanya
Yang tinggal hanya airmata

Oo oo oo

Percintaan ini amat memilukan
Perpisahan ini sungguh menyakitkan
Namun apa daya terpaksa ku telan semua kepahitan

Kepiluan ini meracun hidupku
Kesunyian ini membunuh jiwaku
Tergamak kau sayang
Melihat diriku dalam kesedihan
Dipermainkan olehmu

Sia–sia saja percintaan ini
Tak bisa sampai ke puncaknya
Sekelip mata hilang semuanya
Yang tinggal hanya airmata

Oo oo oo

Bertemu Cintaku – Ezad Lazim

Di sini aku telah lalui
Detik hitam silam
Pernah menghantuiku

Apabila bertemu dirimu
Berubah segalanya
Kerana kejujuranmu

Kasih cara bicaramu
Senyum di bibirmu
Membuat ku rindu

Chorus
Tak pernah aku terfikir
Akan bertemu cintaku
Malah ku telah cuba melupakan semua
Tapi sukar kali ini
Akan aku terimamu
Sama kita berpimpinan
Jalin hidup yang indah bersama dirimu
Ku akui ku cinta padamu

Ulang Chorus

Jalin hidup yang indah bersama dirimu
Ku akui ku cinta padamu

Khamis, 22 September 2011

Loyerrr Gila....

Sejak dua menjak ne rasa menyampah nak pegi opis..rasa tak de mooddd....rasa nak muntah..rasa loyer..rasa jijik bila dengar suara mereka...lagi lagi bila tengok mahluk mahluk yang aku tak berkenan...ada depan mata pulak tu...selama ne aku respek die sebagai orang yang alim...tapi sangkaan aku meleset sama sekali....bak kata perpatah manusia bertopengkan syaitan....kenapa kejam sangat mereka ini.....kalaulah aku ada kuasa power renjes maunyer aku sembur die dengan api...biar terbakar hangus...dah lah paras rupa tak seberapa jagalah perangai elok elok....sumpah aku tak respek dah mereka ini....

YaAllah kau lindungilah aku dari dugaan ini..dan dari godaan ini..kuatkanlah iman aku untuk menempuh segala onak dan duri dalam kehidupan....jauhkanlah aku dari sifat sifat keji lagi hina..buangkanlah ia dari pandangan mata aku....sesungguhnya aku tidak sanggup menerima segalanya....maafkanlah segala dosa dosa aku YaAllah.....aminn ~...

Jumaat, 9 September 2011

Saya Gadis Baik Lagi Budiman...Kalau Tak Caya Cer Call Saya...


Bila aku baca balik ayat-ayat dalam blog aku ne..macam hampeh pun ye…hik hik hik…aku ne manusia biasa..bila hidup ditengah-tengah kota macam-macam ragam aku jumpa…dari situ macam-macam bahasa baku aku dengar…ingatkan tak nak ambik pusing tapi bila senang terpengaruh bahasa aku yang ibunda pun dah bertukar rentak menjadi bahasa rock…tak gitu??? kompom-kompom orang tak kenal aku, leh cop aku gadis litar ehhh litar?? lu fkirlah sendiri….( lom kenal lom tau )…tak cayer Tanya kawan-kawan baik aku…

Hope kepada kengkawan yang kenal atau tidak..kenallah aku dulu baru tau…sekian terima kasih..

Hidup Hantu Bonceng..Terbaikk dari Ladang Lembu….!!

Khamis, 8 September 2011

Apa itu Hati ??

Susah nak jaga hati orang...ada je yang tak kene...ada je yang buat aku rasa tak bagus...bila nak difikirkan balik pegi jahanamlah sama korang...lu punya hati lu fkirkan sendiri...lu dah besar takkan semua orang nak ajar...bila aku bagi pendapat dan dorongan tak nak ambik kisah ...benda dah jadi macam ne sendirilah tanggung...ini tidak nak melibatkan orang lain...sekarang bolehlah aku bersabar...sok lusa bila nasihat aku tak diendahkan harap maafkan...aku bahasakan je...hik hik hik..." ADA AKU KISAH " selagi ko respek aku...aku akan respek ko...ahak's

Selasa, 6 September 2011

Al-Fatihah Untuk Allahyarham Noramfaizul

Pemergian Allahyarham Noramfaizul yg tak dijangka mengejutkan ramai pihak terutama ahli keluarganya. Kesedihan menyelubungi & sedu tangisan iringi ketibaan kumpulan misi Bantuan Kemanusiaan di Somalia semalam. Ramai pihak yang datang menghulurkan bantuan tidak kira juga ada yang datang hanya sekadar memberi penghormatan terakhir tanda simpati kepada keluarga beliau. Kepulangan misi Bantuan Kemanusiaan di Somalia semalam diiringi tangisan oleh keluarga beliau, bah kan seluruh rakyat Malaysia juga merasai pemergian Allahyarham Noramfaizul .

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut menyifatkan kematian Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor sebagai mati syahid akhirat kerana terkorban ketika bertugas dalam misi menghapuskan kejahilan, kemiskinan dan penyakit yang melanda Somalia. Salam Takziah kepada kelurga Allahyarham Noramfaizul dan pada 54 anggota misi bantuan kemanusiaan yang lain, anda wira kami untuk negara tercinta Malaysia.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Noramfaizul moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di tempat orang yg berima, amin.

Jumaat, 26 Ogos 2011

Stacy - Kisah Dongeng

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu...Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela





Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Merdeka..














Selamat Hari Raya & Semangat Kemerdekaan Yang Ke-54 Tahun

Salam kasih salam sayang..selamat pagi malaysia...wahhh ceria-cerikan hari mu dengan senyuman...ceh ceh....meriah plak rasa last day bekerja...semangat...semangat raya ke??? semangat merdeka??? ishhhh mestilah dua-dua sekali...hik hik hik

Arine sambil buat keje berguni-guni atas meja sambil dengar lagu raya 24 jam..radio yang disiarkan Hot FM....(semangat ke aku nak buat keje sambil dengar lagu raya??? ) cabaran betol arine....adehhh perut plk meragam pagi-pagi buta neh...masuk ne dah tigo kali den pogie kejamban..ishhhhh tak sesuai betol.....

Semperna pulang kekampung nanti hope semuanya berjalan lancar dan berada dalam keadaan selamat sewaktu pegi mahupun sewaktu balik...aminnn...(aku bawak hati-hati tau tak penah langgar peraturan, kalau ada yang rasa tak sayang nyawa janganlah korang nak libatkan kami yang tak bedosa ini, nak hidup lagi weyyy, nak rasa mati langgarlah apa-apa selain manusia )...hepy hepy hepy.....yehhhh

Selasa, 23 Ogos 2011

Raya Datang Lagi..








Masuk Air..




Arine mud buat keje tak berapa nak ikhlas...sebok fikir tah apa2.....sabo sabo sabo....




*


*




Lepak dengar Lagu Rancak sambil anguk-anguk kepala....



Rabu, 17 Ogos 2011

Marah Neh...


Tengok-tengok keje orang kene buat...ne yang aku tak suka..keje-keje kita ada dorang kisah..tak adil betul...siap kene bincang plak tu...pe kejadah dorang punya sistem neh..mana nak buat keje hakiki mana nak buat keje orang..budus weyyy...mentang-mentanglah dorang berkuasa suka-suka je nak arah-arah..setakat perah otak sikit-sikit boleh arr..cer dengar pendapat kami pulak macam mana...siamang betul...ne buat puasa aku ciput markah...ishhhhhh dammm....

Selasa, 16 Ogos 2011

Kecewa..

Arine asa tak best nak chating gan orang pun malas...aku pun tak tahu sebab apa..mungkin disebabkan orang disekeliling aku yang membosankan...yang tak tahu nak pikat hati aku...kenapa sukar sangat orang nak memahami hati ne...aku ne sempoi je orangnyer...tak cayer??? cer cuba gurat..aikk...hik hik hik...(memain jek)

Baru-baru ne terima satu msj dari seorang kawan..tak sangka selama ne orang yang aku anggap sebagai kawan bertopengkan syaitan...sanggup curang dengan wife & huby...sanggup adakan scandal dalam alam maya...sanggup lukakan hati seorang kekasih...sanggup mempermainkan ati dan perasaan orang...dugaan apakah ini???...tak sanggup aku baca semua cerita mengenai beliau..asa jijik, kotor, die tak layak jadi seorang ayah dan tak layak jadi seorang ibu...kecewa..kecewa..kecewa...setelah apa yang terjadi kenapa perlu putuskan hubungan..stupid...i hate u...i hate u...

Khamis, 11 Ogos 2011

Perasaan Kucar Kacir

Morning every budy’s…ehh ada orang baca ke blog aku…hehehe…genap 11 arine berpuasa alhamdulilah semuanya berjalan lancar…tapi agak pelik untuk puasa tahun ne…lapar..dahaga…angin….alhamdulilah tak ada..asa hepy jek…Cuma satu jelah dugaan bila jaga kaunter berdepan dengan pelanggan….tekak asa nak pecah…pedih..dok telan air liuk jek….tapi stay menten leh tenyum-tenyum tau..hehehe..

Next..

Pagi tadi dapat tempat duduk belakang dalam bas…aku lihat keliling walaupun dah 27 tahun aku lalui jalan yang sama…aku toleh kanan ternampak satu jam agak cun gak..kecik...tomel tapi arah jam menunjukkan pukul 12.00 beliau mati, tak pasti malam atau siang..tapi waktu sekarang hamper pukul 7.30 pagi…aku tenung dalam-dalam…aku salah atau jam ne yang mempermainkan aku…sib baik time aku tenung jam tersebut minah sing tu tak perasan…sah memang sah jam tu dah habis betri….aku toleh kanan sambil buat buka ketat…aikkkk….

Next…

Dalam situasi yang sama dalam bas…aku terpandang satu wajah…siap pandang dan tenyum-tenyum diikuti jelingan yang manja kearah aku…pe kes nak tenung-tenung aku…aku tunjuk jari tengah baru tau…bila terfikir secara positif…aku balas pandangan itu dengan sayu….mungkin arine aku agak cun…heheheh…sebab tu dak laki tu dok jeling-jeling aku….bas brek mengejut…opocot !!! upernyer aku bermimpi..cittt kurang ajo….

Next….

Asal akak clener ne tak sapu tempat aku…dah banyak kali aku perasan…mentang-mentang aku bagi muka…die wat dek jek…main lalu lalang je belakang ne…kang aku report kene berhenti keje ko kang…takkan aku nak kasi tau ari-ari suh sapu tempat aku…kijam betol..bijak ibu jari kaki baru tau…daamm !!

Isnin, 8 Ogos 2011

Cinta Muka Buku

Kenapa aku suka dengar lagu Cinta Muka Buku??

Entah..aku asa suka sangat dengan lagu ne mcm ada sesuatu yang aku penah lalui bila aku hayati setiap kata-kata lagu beliau...mungkin ini yang dikatakan cinta..cinta didalam alam maya..cinta remajaku...tiba masanya ia akan datang walau pada hakikatnya banyak dugaan yang mesti dilalui..

Apa yang pasti tak dapat aku luahkan isi hati ini..biarlah ia nyer terpendam didasar sepi...sekian, selamat hari raya..

Khamis, 4 Ogos 2011

Ajaibnyer Tangan IBU

Ketika kita lapar...tangan ibu yang menyuap,
Ketika kita haus...tangan ibu yang memberi minuman,
Ketika kita menangis...tangan ibu yang mengesat air mata,
Ketika kita gembira...tangan ibu yang menadah Syukur,memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia,
Ketika kita mengantuk...tangan ibu yang dodoikan dengan penuh kasih sayang,
Ketika kita mandi...tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan,membersihkan segala kekotoran,
Ketika kita dilanda masalah...tangan ibu yang membelai duka sambil berkata:Sabar nak, Sabar ye sayang.

Namun,

Ketika ibu sudah tua & kelaparan...tiada tangan dari anak yang menyuap,
Dengan tangan yang menggeletar, ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata,

Ketika ibu sakit...di mana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu?
Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad...
Ketika jenazah ibu nak dimandikan...
di mana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir.

Tangan ibu, tangan ajaib...
Sentuhan ibu, sentuhan kasih...
Boleh membawa ke Syurga Firdausi...
Ciumlah tangan ibu,
Sebelum ibu pergi bertemu Illahi & takkan kembali lagi...


p/s : gunakanlah peluang yang ada tuk berbakti kepada mereka...

Rabu, 3 Ogos 2011

A Simple Song



Nera * Hatiku Milikmu


Pernahkah engkau hargai
Cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengerti
Akan diriku ini

Betapa hebatnya cintamu
Memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu
Membuatku terpaku

[*]
Di sisimu aku terdiam seribu bahasa
Di hatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan
Ku cinta padamu

[**]
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa batas degupan jantungku
Mungkinkah hatimu milikku jua
Ku sayang padamu

Kan kuabadikan dikau
Suatu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya

Kan kucoretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Dapat jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Ulang [*][**]

Bagai bahtera yang dilanda badai
Gelora cintamu
Mengoncang jiwaku
Berombak mencari
Daratan yang damai
Ohhh cintaku

Ulang [*][**]

Aku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Dalam hidupku ini

Khamis, 21 Julai 2011

Anak-Anak Buah + Nakal..



Windu sama kamu semua...LUV u so much bebeh.....muahhhhh

Siamang..

Penat-penat-penat...kejap nak tukar sini kejap nak tukar sana..dah satu tempat tu biar jelah kat situ..mentang-mentang aku ne kuli batak depa..depa leh wat suka ati..nantilah ko kalau aku dah jadi macam hampa kompom aku tujal guna siku...hik hik hik


.

.

.

.



V





( emosi : jahat )

Rabu, 20 Julai 2011

Panas Beb !!

CUACA PANAS MEMBERI TEKANAN FIZIKAL KEPADA TUBUH MANUSIA!
Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya
akibat strok haba. Kumpulan yang lebih berisiko adalah mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar.

RISIKO 10 KALI GANDA bagi mereka yang berumur lebih daripada 40 tahun,
kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah, Penghidap penyakit sistem pernafasan,
Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.





GEJALA
CUACA PANAS MELAMPAU


Sakit kepala

Keletihan

Lemah tumpuan

Pening

Lemah otot–otot atau kekejangan

Mual dan muntah

Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).



CARA-CARA
MENCEGAH & MENGURANGKAN
KESAN TERHADAP KESIHATAN


Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.

Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.

Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan

Hadkan aktiviti luar

Kerap berehat

Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda

Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.



ELAKKAN!

Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan
gula yang tinggi.

Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.

Bersenam dalam cuaca panas




PETUA-PETUA
JIKA MENGALAMI MASALAH
BERKAITAN DENGAN SUHU PANAS

Keluar dari kawasan yang panas

Tanggalkan pakaian yang ketat

Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan

Gunakan kipas untuk sejukkan badan

Minum air setiap 15 minit

Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal




Khamis, 14 Julai 2011

Boleh Plak Macam Tu..

Ajoi mendapat kerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Kulai.

Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid-murid darjah 3 Raya dan merasa agak pelik semasa membaca nama seorang murid, iaitu “W.TAUFIK WWW”.

Kemudian guru tersebut menanyakan perkara tersebut.

Cikgu Ajoi : “Cikgu nak tahu, siapa yang bernama W.TAUFIK WWW ?”.

Taufik : “Saya Cikgu…” (Taufik menjawab & berdiri).

Cikgu Ajoi : “Taufik, saya ingin tahu nama panjang kamu apa?”.

Taufik : “Maaf Cikgu Ajoi, panjang sangat..”.

Cikgu Ajoi : “Takpe-takpe Taufik,cakap jer..”.

Taufik : “Baik Cikgu , nama penuh saya ialah…Wabillahi TAUFIK-wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh…”.

Cikgu Ajoi menarik nafas panjang dan terdiam.

Setelah dari darjah 3 Raya, Cikgu Ajoi kemudian masuk ke darjah 1 Mawar dan menyemak nama murid-murid.

Mata Cikgu Ajoi tertuju pada 1 nama yang unik iaitu “BKBKBDB DIAN”.

Kemudian Cikgu Ajoi menanyakan siapa muridnya yang mempunyai nama tersebut.

Berdirilah seorang murid dan menjawab “saya DIAN Cikgu…”.

Semasa Cikgu Ajoi melihat wajah murid itu seiras muka Taufik darjah 3 Raya.

Cikgu Ajoi : “Dian ada abang di sekolah ini?”.

Dian : “Ya Cikgu,nama dia TAUFIK.Abang saya darjah 3.”

Cikgu Ajoi : “Saya ingin tahu nama panjang Dian apa pulak?”.

Dian : “Baik Cikgu, nama panjang saya ialah…

Berakit-rakit Ke hulu Berenang-renang Ke tepian, Bersakit-sakit Dahulu Bersenang-senang kemu DIAN”

Cikgu Ajoi :@$%&#^%

Isnin, 11 Julai 2011

Lagu Sedih - VIP

VIP VIP babeh
Selalunya haruku tak sebegitu biru
Selangkah pun tak lah terasa begitu jauh
Ku di sini tapi fikiran entah ke mana
Jiwa yang terganggu buat aku tersedar

Semua kerna kau dah hilang dari pangkuanku

DJ putarkanlah lagu cinta
Dedikasi kepadanya
Kerana kan aku merindu dia yang menjauh
Putarkanlah lagu cinta untuk ku melayan jiwa
Andai dia tidak kembali
Minta tujukanku lagu sedih
Tujukanku... lagu sedih

Apa mungkin dia sedang mendengar di sana
Dibelenggu kesepian atau sudah lupa
Walau aku cuba berganjak meneruskan hari
Tapi hati masih berpaut semalam lagi

Semua kerna kau dh hilang dari pangkuanku

Ku bukakan sterio, internet dan radio
Tapi lagu yang ke udara hanya menyucuk-nyucuk jiwa
Keranaku kehilanganmu
Ulang
Kehilanganmu
Jadi jikalau kau sedang mendengar
Rasakan gelombang terpancar

Pantai Remis, Selangor






Pantai Remis, Selangor..tidak asing lagi dari buah mulut orang ramai..memandangkan haiwey di rawang sudah dibukak..memudahkan lagi orang ramai menikmati keindahan dipulau berkenaan...hepy walaupun sewaktu itu air laut menyusut ditengah lautan...dah lama aku tak rasakan ketenangan dilaut..aku amati bait-bait keindahan...hati menyusup sayu..bila terkenangkan arwah ayah aku..alangkah indahnyer ketika dan saat ini beliau berada...ibu dan adikku menjadi peneman setia dikala aku kesunyian..beliau amat memahami perasaanku...(cewah mcm nak tulis novel, leh tutup gerai kalau pembaca novel membaca, jgn cilok ok..hehehehh)

cittt...!!

Sewaktu pergi memang kene tinggal gan jiran, sib baik adik aku bijak dengan kawanyer nonet..menyusupi setiap pelusuk ibu kota...akhirnya kami sampai jua..walaupun ibuku menyuruh kami pulang...kalau aku yang drive ketika itu..sure aku undur diri berpatah balik..(pompuan katakan, kecot)...

Remis dikuis..dikorek..dikutip...ada saiz kecik dan besar...fikiran ligat berkata (mcm mana nak makan sedangkan bende ne kecik dan terlalu halus)...aku biarkan saja jawapanku itu tanpa soalan...walaupun penat kami sekeluarga dan jiran terasa bahang kemesraan...begelak ketawa dan beramah mesra...aku lihat riak wajah ibu aku begitu gumbira....alhamdulilah...

Destinasi selepas ini, PD, seremban.....moga-moga hajat ibu, aku tunaikan dengan segera....>>> kumpul duit..yihaaaaaaaa.....

Isnin, 16 Mei 2011

B.o.s.a.n + S.a.n.g.a.p

Mood : Selekeh !!

Arine tak berapa nak ok coz hari senin kan..macam-macam bende wat tak kene...dengan kata singkat jiwa kacau...orang wat lawak aku ambik serius...orang serius aku anggap lawak...memang nak kene maki jawapnyer...

Tengahari makan laksa...laksa belambak-lambak tapi kuah sikit...macam siamang...asa macam nak tercekek aku menelanyer..sok sok kalau kene lagi memang aku masuk dapur isi sendiri kuah gamaknyer..kasi tercengang beliau...boleh?

Muka pun dah macam serigala ne..OUT !

Rabu, 11 Mei 2011

Macam-Macam Cerita

Lama tak update blog…selalu bukak pastu tutup just nak tengok berapa ramai yang dah add dan info daripada kawan-kawan..hampir nak mati bila aku nengok dua blog melucah…naik gerun pulak aku nak bukak blog sendiri…anyware tq coz sudi tambahkan nilai prend’s dalam blog ne..hik hik hik (segan bebeno!)

full stop !

Selang sehari yang lepas..aku mimpi gigi atas aku retak pastu terus patah..banyak darah yang keluar..rasa nak pitam..agak-agak apa alamat yang nak jadi…rasa kecamuk pulak perasaan ne..ngadu gan mak..mak kata ko kumur 3 kali pastu baca selawat terus hembus…doa..moga-moga dijauhkan dari bala petaka..mak aku kata lagi syaitan laknat tu..ecehceceh

full stop !

Masuk ne 3 hari anak buah usia 5 tahun duduki peperiksaan penggal pertama…asa kesian pun ada coz baru je masuk sekolah tadika dah nak pereksa…boleh ke die menjawab??...aku pulak asa tak keruan…sbb aku tak suka duduki peperiksaan..kalau tak lulus sure kene basuh…tapi berita yang aku terima dari mak semalam sungguh hampa….anak buah aku leh cakap senang je..sungguh belagak beliau…mentang-mentanglah pala otak die bijak die leh kata begitu..aku asa nak tujal-tujal je kalau jumpa nanti…sebab apa bijak sebab bila mama die ajo kalau tak paham memang kene tengking…kalau aku diperlakukan sedemikian kompom aku nangih terus lari masuk bilik air..asa nak tencinglah coz kene sergah macam tu..sib baik mak aku ne baik..masa ajo dolo-dolo just eja je pastu sebuat ayat tu…senangkan..walaupun tak berapa bijak tapi aku dah usaha sampai kehari ini..keje yang aku dapat pun memberangsangkan dari ******** yang ada….ehh terpanjang lebar plak puji diri…(namo belagak..hik hik hik)

habis sudah !

Dah-dah gi wat keje..merapu je…aikkk…

Jumaat, 22 April 2011

Hari Jadi Saya ( 22 April 2011 )

Arine genaplah usia saya 27 tahun...(namo malu2 buh usia dlm blog) kini saya rasa dah lebih matang walaupun ada tikanya saya menyampah dengan sikap gedik saya...Ramai yang sudi wish..saya rasa terharu dan ada kalanya ingin menitiskan air mata...selalunya saya tak sambut besday saya...dalam keluarga ada tiga insan yang sabut tahun yang sama 1. saya : 22.4.2011, 2. abg sulung : 25.4.2011, ibu : 28.4.2011..selalunya kami akan sambut masa besday ibu kami..senang sikit cerita sambut sekali tiga orang...save bajet pun ya...

Hope semuanya berjalan dengan lancar....coz arine saya nak pulang kekampung bertemu dengan ibu dan nenek yang amat saya winduiii....

Faridah ayu binti Ishak, hepy hepy hepy besday pada diri kamu, moga kamu diberi keberkatan dunia dan akhirat, cepat2 dapat jodoh, sehat tubuh badan, dijauhkan segala bencana, dimurahkan rezki, panjang usia, dan ceria2 selalu...miahahhaha...sekian terima kasih ...

Isnin, 11 April 2011

Hidup Tak Selalunya Indah

Lapan haribulan April Dua Ribu Sebelas, arwah atuk telah kembali ke sisi yang maha esa..akhirnya apa yang aku cerita pada mak tempoh hari akan menjadi kenyataan..

aku : tangan laju menaip mengatur setiap ayat di ruang chating, pantas mulut bertanya (macam mana klu suatu hari salah sorang atok tak ada?? ) aikk

mak : sepi !! klu mcm tu ikut atok sekali..

aku : tersentap ~ apa cakap mcm tu, tak baik..(air mata melinang)

Suasana menjadi hambar dan sepi..sesepi seperti para malaikat menghampiri..

Kini mak berada dikampung menemani nenek yang dalam kesedihan..walaupun berat untuk aku melepaskanyer..tapi aku redo untuk berkata 'ia' aku tak boleh pentingkan diri sendiri..ada yang memerlukan mak ketika ini...kalau aku berada di tempat mak..aku pun akan buat perkara yang sama...anak mana yang tak sayangkan ibunya...inilah saatnya mak membalas semua jasa-jasa nenek dan atok..walaupun nilainya tak terkira...

Dua minggu dari saat ne ini...aku akan pulang menjemput mak...tak sabar rasanya..sehari tak jumpa bagaikan bertahun-tahun..seminit tak mendengar suaranya bagai tiada makna hidup ini..(cehhh anak mak betol)... Malam ne kene tido sorang-sorang...hope tak ada apa yang berlaku...moga allah melindungi aku dan semua keluarga ku..Amin !!

p.s : Tahun ini tahun yang menyedihkan...banyak peristiwa yang berlaku...masuk bulan empat ini..dah 3 orang meninggalkan dunia..dan 3 orang yang mendapat cahaya mata...apa yang kita ketahui..setiap kelahiran akan ada kematian...inilah dugaan kehidupan...walau dimana kita berada..walau berapa pun usia kita...jika ALLAH berkata KUNFAYAKUN..terjadilah ia dengan pantasnya...masyaALLAH itulah kebesaran yang maha kuasa...

Selasa, 5 April 2011

Shaheizy Sam Rangkul Bintang Paling Populer ABPBH 2010

Memang tepat sekali jangkaan aku kali ne...Shaheizy Sam mendapat anugerah bintang paling populer di ABPBH2010 alhamdulilah..aku adalah salah satu peminat dia...hope lepas ne die akan lebih maju maju dan maju....auww... i like Shaheizy Sam..tak leh nak menaiplah bila terkenangkan wajah die..MERPATI BIRU...

Damainyerrrrrrrrrrrrrr













Jumaat, 1 April 2011

Sedap Oiiii...

Akhirnya dapat gak aku makan ABC (Air Batu Campur) sib baik tak kojol dulu..asanya dah dekat satu bulan aku nak makan bende ne kat selayang...tapi tak kesampaian sebab aku malas nak kayuh basikal....dapat kat sogo pun jadilan janji sodap... Full Stop.