Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya
akibat strok haba. Kumpulan yang lebih berisiko adalah mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar.
RISIKO 10 KALI GANDA bagi mereka yang berumur lebih daripada 40 tahun,
kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah, Penghidap penyakit sistem pernafasan,
Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.
GEJALA
CUACA PANAS MELAMPAU
Sakit kepala
Keletihan
Lemah tumpuan
Pening
Lemah otot–otot atau kekejangan
Mual dan muntah
Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).
CARA-CARA
MENCEGAH & MENGURANGKAN
KESAN TERHADAP KESIHATAN
Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan
Hadkan aktiviti luar
Kerap berehat
Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
ELAKKAN!
Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan
gula yang tinggi.
Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
Bersenam dalam cuaca panas
PETUA-PETUA
JIKA MENGALAMI MASALAH
BERKAITAN DENGAN SUHU PANAS
Keluar dari kawasan yang panas
Tanggalkan pakaian yang ketat
Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
Gunakan kipas untuk sejukkan badan
Minum air setiap 15 minit
Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal
Tiada ulasan:
Catat Ulasan