Azizi & Ayu
Khamis, 21 Julai 2011
Siamang..
Rabu, 20 Julai 2011
Panas Beb !!
Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya
akibat strok haba. Kumpulan yang lebih berisiko adalah mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar.
RISIKO 10 KALI GANDA bagi mereka yang berumur lebih daripada 40 tahun,
kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah, Penghidap penyakit sistem pernafasan,
Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.
GEJALA
CUACA PANAS MELAMPAU
Sakit kepala
Keletihan
Lemah tumpuan
Pening
Lemah otot–otot atau kekejangan
Mual dan muntah
Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).
CARA-CARA
MENCEGAH & MENGURANGKAN
KESAN TERHADAP KESIHATAN
Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan
Hadkan aktiviti luar
Kerap berehat
Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
ELAKKAN!
Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan
gula yang tinggi.
Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
Bersenam dalam cuaca panas
PETUA-PETUA
JIKA MENGALAMI MASALAH
BERKAITAN DENGAN SUHU PANAS
Keluar dari kawasan yang panas
Tanggalkan pakaian yang ketat
Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
Gunakan kipas untuk sejukkan badan
Minum air setiap 15 minit
Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal
Khamis, 14 Julai 2011
Boleh Plak Macam Tu..
Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid-murid darjah 3 Raya dan merasa agak pelik semasa membaca nama seorang murid, iaitu “W.TAUFIK WWW”.
Kemudian guru tersebut menanyakan perkara tersebut.
Cikgu Ajoi : “Cikgu nak tahu, siapa yang bernama W.TAUFIK WWW ?”.
Taufik : “Saya Cikgu…” (Taufik menjawab & berdiri).
Cikgu Ajoi : “Taufik, saya ingin tahu nama panjang kamu apa?”.
Taufik : “Maaf Cikgu Ajoi, panjang sangat..”.
Cikgu Ajoi : “Takpe-takpe Taufik,cakap jer..”.
Taufik : “Baik Cikgu , nama penuh saya ialah…Wabillahi TAUFIK-wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh…”.
Cikgu Ajoi menarik nafas panjang dan terdiam.
Setelah dari darjah 3 Raya, Cikgu Ajoi kemudian masuk ke darjah 1 Mawar dan menyemak nama murid-murid.
Mata Cikgu Ajoi tertuju pada 1 nama yang unik iaitu “BKBKBDB DIAN”.
Kemudian Cikgu Ajoi menanyakan siapa muridnya yang mempunyai nama tersebut.
Berdirilah seorang murid dan menjawab “saya DIAN Cikgu…”.
Semasa Cikgu Ajoi melihat wajah murid itu seiras muka Taufik darjah 3 Raya.
Cikgu Ajoi : “Dian ada abang di sekolah ini?”.
Dian : “Ya Cikgu,nama dia TAUFIK.Abang saya darjah 3.”
Cikgu Ajoi : “Saya ingin tahu nama panjang Dian apa pulak?”.
Dian : “Baik Cikgu, nama panjang saya ialah…
Berakit-rakit Ke hulu Berenang-renang Ke tepian, Bersakit-sakit Dahulu Bersenang-senang kemu DIAN”
Cikgu Ajoi :@$%^%
Isnin, 11 Julai 2011
Lagu Sedih - VIP
Selalunya haruku tak sebegitu biru
Selangkah pun tak lah terasa begitu jauh
Ku di sini tapi fikiran entah ke mana
Jiwa yang terganggu buat aku tersedar
Semua kerna kau dah hilang dari pangkuanku
DJ putarkanlah lagu cinta
Dedikasi kepadanya
Kerana kan aku merindu dia yang menjauh
Putarkanlah lagu cinta untuk ku melayan jiwa
Andai dia tidak kembali
Minta tujukanku lagu sedih
Tujukanku... lagu sedih
Apa mungkin dia sedang mendengar di sana
Dibelenggu kesepian atau sudah lupa
Walau aku cuba berganjak meneruskan hari
Tapi hati masih berpaut semalam lagi
Semua kerna kau dh hilang dari pangkuanku
Ku bukakan sterio, internet dan radio
Tapi lagu yang ke udara hanya menyucuk-nyucuk jiwa
Keranaku kehilanganmu
Ulang
Kehilanganmu
Jadi jikalau kau sedang mendengar
Rasakan gelombang terpancar
Pantai Remis, Selangor
Pantai Remis, Selangor..tidak asing lagi dari buah mulut orang ramai..memandangkan haiwey di rawang sudah dibukak..memudahkan lagi orang ramai menikmati keindahan dipulau berkenaan...hepy walaupun sewaktu itu air laut menyusut ditengah lautan...dah lama aku tak rasakan ketenangan dilaut..aku amati bait-bait keindahan...hati menyusup sayu..bila terkenangkan arwah ayah aku..alangkah indahnyer ketika dan saat ini beliau berada...ibu dan adikku menjadi peneman setia dikala aku kesunyian..beliau amat memahami perasaanku...(cewah mcm nak tulis novel, leh tutup gerai kalau pembaca novel membaca, jgn cilok ok..hehehehh)
cittt...!!
Sewaktu pergi memang kene tinggal gan jiran, sib baik adik aku bijak dengan kawanyer nonet..menyusupi setiap pelusuk ibu kota...akhirnya kami sampai jua..walaupun ibuku menyuruh kami pulang...kalau aku yang drive ketika itu..sure aku undur diri berpatah balik..(pompuan katakan, kecot)...
Remis dikuis..dikorek..dikutip...ada saiz kecik dan besar...fikiran ligat berkata (mcm mana nak makan sedangkan bende ne kecik dan terlalu halus)...aku biarkan saja jawapanku itu tanpa soalan...walaupun penat kami sekeluarga dan jiran terasa bahang kemesraan...begelak ketawa dan beramah mesra...aku lihat riak wajah ibu aku begitu gumbira....alhamdulilah...
Destinasi selepas ini, PD, seremban.....moga-moga hajat ibu, aku tunaikan dengan segera....>>> kumpul duit..yihaaaaaaaa.....