Azizi & Ayu

Azizi & Ayu

Selasa, 9 Julai 2019

Blog Lara

Syukur Alhamdulillah setelah sekian lama aku tak update blog lara
banyak peristiwa dah berlalu
peristiwa yang tak dapat aku luahkan
pahit dan manis
tapi takkan pudar dari memori fikiran ini

Aku seperti dahulu tidak ada perubahan
cuma yang berubah aku dah ada DUA orang anak hasil kasih sayang kami
mereka membesar dengan penuh kasih dayang
walaupun ada kalanya si kakak merasa cemburu
bukan disebab aku membeza2 kan kasih sayang tapi si adik perlukan banyak perhatian
dari kecik lagi si adik tidak sihat
tapi semakin dia membesar semakin dia bijak dan comel seperti kanak2 lain
si kakak pun apa kuranya dan ada si adik makin cerdik menguskan diri
watak sebagai kakak terserlah apabila dia semakin membesar
tahun depan si kakak dah nak sekolah pra-sekolah (5 tahun)
harap semuanya berjalan lancar

Alhamdulillah jugak buat suami dengan rezeki yang melimpah ruah
kalau ada rezki dapatlah kami besarkan rumah yang diidamkan selama ini
walaupun tak banyak yang dapat diubah tapi aku tetap bersyukur
rezeki itu tak salah alamat 😜😜


Tiada ulasan: