Azizi & Ayu
Khamis, 11 Ogos 2011
Perasaan Kucar Kacir
Next..
Pagi tadi dapat tempat duduk belakang dalam bas…aku lihat keliling walaupun dah 27 tahun aku lalui jalan yang sama…aku toleh kanan ternampak satu jam agak cun gak..kecik...tomel tapi arah jam menunjukkan pukul 12.00 beliau mati, tak pasti malam atau siang..tapi waktu sekarang hamper pukul 7.30 pagi…aku tenung dalam-dalam…aku salah atau jam ne yang mempermainkan aku…sib baik time aku tenung jam tersebut minah sing tu tak perasan…sah memang sah jam tu dah habis betri….aku toleh kanan sambil buat buka ketat…aikkkk….
Next…
Dalam situasi yang sama dalam bas…aku terpandang satu wajah…siap pandang dan tenyum-tenyum diikuti jelingan yang manja kearah aku…pe kes nak tenung-tenung aku…aku tunjuk jari tengah baru tau…bila terfikir secara positif…aku balas pandangan itu dengan sayu….mungkin arine aku agak cun…heheheh…sebab tu dak laki tu dok jeling-jeling aku….bas brek mengejut…opocot !!! upernyer aku bermimpi..cittt kurang ajo….
Next….
Asal akak clener ne tak sapu tempat aku…dah banyak kali aku perasan…mentang-mentang aku bagi muka…die wat dek jek…main lalu lalang je belakang ne…kang aku report kene berhenti keje ko kang…takkan aku nak kasi tau ari-ari suh sapu tempat aku…kijam betol..bijak ibu jari kaki baru tau…daamm !!
Isnin, 8 Ogos 2011
Cinta Muka Buku
Entah..aku asa suka sangat dengan lagu ne mcm ada sesuatu yang aku penah lalui bila aku hayati setiap kata-kata lagu beliau...mungkin ini yang dikatakan cinta..cinta didalam alam maya..cinta remajaku...tiba masanya ia akan datang walau pada hakikatnya banyak dugaan yang mesti dilalui..
Apa yang pasti tak dapat aku luahkan isi hati ini..biarlah ia nyer terpendam didasar sepi...sekian, selamat hari raya..
Khamis, 4 Ogos 2011
Ajaibnyer Tangan IBU
Ketika kita haus...tangan ibu yang memberi minuman,
Ketika kita menangis...tangan ibu yang mengesat air mata,
Ketika kita gembira...tangan ibu yang menadah Syukur,memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia,
Ketika kita mengantuk...tangan ibu yang dodoikan dengan penuh kasih sayang,
Ketika kita mandi...tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan,membersihkan segala kekotoran,
Ketika kita dilanda masalah...tangan ibu yang membelai duka sambil berkata:Sabar nak, Sabar ye sayang.
Namun,
Ketika ibu sudah tua & kelaparan...tiada tangan dari anak yang menyuap,
Dengan tangan yang menggeletar, ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata,
Ketika ibu sakit...di mana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu?
Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad...
Ketika jenazah ibu nak dimandikan...
di mana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir.
Tangan ibu, tangan ajaib...
Sentuhan ibu, sentuhan kasih...
Boleh membawa ke Syurga Firdausi...
Ciumlah tangan ibu,
Sebelum ibu pergi bertemu Illahi & takkan kembali lagi...
p/s : gunakanlah peluang yang ada tuk berbakti kepada mereka...
Rabu, 3 Ogos 2011
A Simple Song

Nera * Hatiku Milikmu
Pernahkah engkau hargai
Cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengerti
Akan diriku ini
Betapa hebatnya cintamu
Memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu
Membuatku terpaku
[*]
Di sisimu aku terdiam seribu bahasa
Di hatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan
Ku cinta padamu
[**]
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa batas degupan jantungku
Mungkinkah hatimu milikku jua
Ku sayang padamu
Kan kuabadikan dikau
Suatu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya
Kan kucoretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Dapat jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini
Ulang [*][**]
Bagai bahtera yang dilanda badai
Gelora cintamu
Mengoncang jiwaku
Berombak mencari
Daratan yang damai
Ohhh cintaku
Ulang [*][**]
Aku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Dalam hidupku ini
Khamis, 21 Julai 2011
Siamang..
Rabu, 20 Julai 2011
Panas Beb !!
Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya
akibat strok haba. Kumpulan yang lebih berisiko adalah mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar.
RISIKO 10 KALI GANDA bagi mereka yang berumur lebih daripada 40 tahun,
kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah, Penghidap penyakit sistem pernafasan,
Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.
GEJALA
CUACA PANAS MELAMPAU
Sakit kepala
Keletihan
Lemah tumpuan
Pening
Lemah otot–otot atau kekejangan
Mual dan muntah
Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).
CARA-CARA
MENCEGAH & MENGURANGKAN
KESAN TERHADAP KESIHATAN
Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan
Hadkan aktiviti luar
Kerap berehat
Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
ELAKKAN!
Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan
gula yang tinggi.
Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
Bersenam dalam cuaca panas
PETUA-PETUA
JIKA MENGALAMI MASALAH
BERKAITAN DENGAN SUHU PANAS
Keluar dari kawasan yang panas
Tanggalkan pakaian yang ketat
Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
Gunakan kipas untuk sejukkan badan
Minum air setiap 15 minit
Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal
Khamis, 14 Julai 2011
Boleh Plak Macam Tu..
Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid-murid darjah 3 Raya dan merasa agak pelik semasa membaca nama seorang murid, iaitu “W.TAUFIK WWW”.
Kemudian guru tersebut menanyakan perkara tersebut.
Cikgu Ajoi : “Cikgu nak tahu, siapa yang bernama W.TAUFIK WWW ?”.
Taufik : “Saya Cikgu…” (Taufik menjawab & berdiri).
Cikgu Ajoi : “Taufik, saya ingin tahu nama panjang kamu apa?”.
Taufik : “Maaf Cikgu Ajoi, panjang sangat..”.
Cikgu Ajoi : “Takpe-takpe Taufik,cakap jer..”.
Taufik : “Baik Cikgu , nama penuh saya ialah…Wabillahi TAUFIK-wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh…”.
Cikgu Ajoi menarik nafas panjang dan terdiam.
Setelah dari darjah 3 Raya, Cikgu Ajoi kemudian masuk ke darjah 1 Mawar dan menyemak nama murid-murid.
Mata Cikgu Ajoi tertuju pada 1 nama yang unik iaitu “BKBKBDB DIAN”.
Kemudian Cikgu Ajoi menanyakan siapa muridnya yang mempunyai nama tersebut.
Berdirilah seorang murid dan menjawab “saya DIAN Cikgu…”.
Semasa Cikgu Ajoi melihat wajah murid itu seiras muka Taufik darjah 3 Raya.
Cikgu Ajoi : “Dian ada abang di sekolah ini?”.
Dian : “Ya Cikgu,nama dia TAUFIK.Abang saya darjah 3.”
Cikgu Ajoi : “Saya ingin tahu nama panjang Dian apa pulak?”.
Dian : “Baik Cikgu, nama panjang saya ialah…
Berakit-rakit Ke hulu Berenang-renang Ke tepian, Bersakit-sakit Dahulu Bersenang-senang kemu DIAN”
Cikgu Ajoi :@$%^%
Isnin, 11 Julai 2011
Lagu Sedih - VIP
Selalunya haruku tak sebegitu biru
Selangkah pun tak lah terasa begitu jauh
Ku di sini tapi fikiran entah ke mana
Jiwa yang terganggu buat aku tersedar
Semua kerna kau dah hilang dari pangkuanku
DJ putarkanlah lagu cinta
Dedikasi kepadanya
Kerana kan aku merindu dia yang menjauh
Putarkanlah lagu cinta untuk ku melayan jiwa
Andai dia tidak kembali
Minta tujukanku lagu sedih
Tujukanku... lagu sedih
Apa mungkin dia sedang mendengar di sana
Dibelenggu kesepian atau sudah lupa
Walau aku cuba berganjak meneruskan hari
Tapi hati masih berpaut semalam lagi
Semua kerna kau dh hilang dari pangkuanku
Ku bukakan sterio, internet dan radio
Tapi lagu yang ke udara hanya menyucuk-nyucuk jiwa
Keranaku kehilanganmu
Ulang
Kehilanganmu
Jadi jikalau kau sedang mendengar
Rasakan gelombang terpancar
Pantai Remis, Selangor

Pantai Remis, Selangor..tidak asing lagi dari buah mulut orang ramai..memandangkan haiwey di rawang sudah dibukak..memudahkan lagi orang ramai menikmati keindahan dipulau berkenaan...hepy walaupun sewaktu itu air laut menyusut ditengah lautan...dah lama aku tak rasakan ketenangan dilaut..aku amati bait-bait keindahan...hati menyusup sayu..bila terkenangkan arwah ayah aku..alangkah indahnyer ketika dan saat ini beliau berada...ibu dan adikku menjadi peneman setia dikala aku kesunyian..beliau amat memahami perasaanku...(cewah mcm nak tulis novel, leh tutup gerai kalau pembaca novel membaca, jgn cilok ok..hehehehh)
cittt...!!
Sewaktu pergi memang kene tinggal gan jiran, sib baik adik aku bijak dengan kawanyer nonet..menyusupi setiap pelusuk ibu kota...akhirnya kami sampai jua..walaupun ibuku menyuruh kami pulang...kalau aku yang drive ketika itu..sure aku undur diri berpatah balik..(pompuan katakan, kecot)...
Remis dikuis..dikorek..dikutip...ada saiz kecik dan besar...fikiran ligat berkata (mcm mana nak makan sedangkan bende ne kecik dan terlalu halus)...aku biarkan saja jawapanku itu tanpa soalan...walaupun penat kami sekeluarga dan jiran terasa bahang kemesraan...begelak ketawa dan beramah mesra...aku lihat riak wajah ibu aku begitu gumbira....alhamdulilah...
Destinasi selepas ini, PD, seremban.....moga-moga hajat ibu, aku tunaikan dengan segera....>>> kumpul duit..yihaaaaaaaa.....
