Azizi & Ayu

Azizi & Ayu

Khamis, 21 Julai 2011

Anak-Anak Buah + Nakal..



Windu sama kamu semua...LUV u so much bebeh.....muahhhhh

Siamang..

Penat-penat-penat...kejap nak tukar sini kejap nak tukar sana..dah satu tempat tu biar jelah kat situ..mentang-mentang aku ne kuli batak depa..depa leh wat suka ati..nantilah ko kalau aku dah jadi macam hampa kompom aku tujal guna siku...hik hik hik


.

.

.

.



V





( emosi : jahat )

Rabu, 20 Julai 2011

Panas Beb !!

CUACA PANAS MEMBERI TEKANAN FIZIKAL KEPADA TUBUH MANUSIA!
Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya
akibat strok haba. Kumpulan yang lebih berisiko adalah mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar.

RISIKO 10 KALI GANDA bagi mereka yang berumur lebih daripada 40 tahun,
kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah, Penghidap penyakit sistem pernafasan,
Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.





GEJALA
CUACA PANAS MELAMPAU


Sakit kepala

Keletihan

Lemah tumpuan

Pening

Lemah otot–otot atau kekejangan

Mual dan muntah

Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).



CARA-CARA
MENCEGAH & MENGURANGKAN
KESAN TERHADAP KESIHATAN


Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.

Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.

Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan

Hadkan aktiviti luar

Kerap berehat

Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda

Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.



ELAKKAN!

Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan
gula yang tinggi.

Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.

Bersenam dalam cuaca panas




PETUA-PETUA
JIKA MENGALAMI MASALAH
BERKAITAN DENGAN SUHU PANAS

Keluar dari kawasan yang panas

Tanggalkan pakaian yang ketat

Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan

Gunakan kipas untuk sejukkan badan

Minum air setiap 15 minit

Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal




Khamis, 14 Julai 2011

Boleh Plak Macam Tu..

Ajoi mendapat kerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Kulai.

Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid-murid darjah 3 Raya dan merasa agak pelik semasa membaca nama seorang murid, iaitu “W.TAUFIK WWW”.

Kemudian guru tersebut menanyakan perkara tersebut.

Cikgu Ajoi : “Cikgu nak tahu, siapa yang bernama W.TAUFIK WWW ?”.

Taufik : “Saya Cikgu…” (Taufik menjawab & berdiri).

Cikgu Ajoi : “Taufik, saya ingin tahu nama panjang kamu apa?”.

Taufik : “Maaf Cikgu Ajoi, panjang sangat..”.

Cikgu Ajoi : “Takpe-takpe Taufik,cakap jer..”.

Taufik : “Baik Cikgu , nama penuh saya ialah…Wabillahi TAUFIK-wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh…”.

Cikgu Ajoi menarik nafas panjang dan terdiam.

Setelah dari darjah 3 Raya, Cikgu Ajoi kemudian masuk ke darjah 1 Mawar dan menyemak nama murid-murid.

Mata Cikgu Ajoi tertuju pada 1 nama yang unik iaitu “BKBKBDB DIAN”.

Kemudian Cikgu Ajoi menanyakan siapa muridnya yang mempunyai nama tersebut.

Berdirilah seorang murid dan menjawab “saya DIAN Cikgu…”.

Semasa Cikgu Ajoi melihat wajah murid itu seiras muka Taufik darjah 3 Raya.

Cikgu Ajoi : “Dian ada abang di sekolah ini?”.

Dian : “Ya Cikgu,nama dia TAUFIK.Abang saya darjah 3.”

Cikgu Ajoi : “Saya ingin tahu nama panjang Dian apa pulak?”.

Dian : “Baik Cikgu, nama panjang saya ialah…

Berakit-rakit Ke hulu Berenang-renang Ke tepian, Bersakit-sakit Dahulu Bersenang-senang kemu DIAN”

Cikgu Ajoi :@$%&#^%

Isnin, 11 Julai 2011

Lagu Sedih - VIP

VIP VIP babeh
Selalunya haruku tak sebegitu biru
Selangkah pun tak lah terasa begitu jauh
Ku di sini tapi fikiran entah ke mana
Jiwa yang terganggu buat aku tersedar

Semua kerna kau dah hilang dari pangkuanku

DJ putarkanlah lagu cinta
Dedikasi kepadanya
Kerana kan aku merindu dia yang menjauh
Putarkanlah lagu cinta untuk ku melayan jiwa
Andai dia tidak kembali
Minta tujukanku lagu sedih
Tujukanku... lagu sedih

Apa mungkin dia sedang mendengar di sana
Dibelenggu kesepian atau sudah lupa
Walau aku cuba berganjak meneruskan hari
Tapi hati masih berpaut semalam lagi

Semua kerna kau dh hilang dari pangkuanku

Ku bukakan sterio, internet dan radio
Tapi lagu yang ke udara hanya menyucuk-nyucuk jiwa
Keranaku kehilanganmu
Ulang
Kehilanganmu
Jadi jikalau kau sedang mendengar
Rasakan gelombang terpancar

Pantai Remis, Selangor






Pantai Remis, Selangor..tidak asing lagi dari buah mulut orang ramai..memandangkan haiwey di rawang sudah dibukak..memudahkan lagi orang ramai menikmati keindahan dipulau berkenaan...hepy walaupun sewaktu itu air laut menyusut ditengah lautan...dah lama aku tak rasakan ketenangan dilaut..aku amati bait-bait keindahan...hati menyusup sayu..bila terkenangkan arwah ayah aku..alangkah indahnyer ketika dan saat ini beliau berada...ibu dan adikku menjadi peneman setia dikala aku kesunyian..beliau amat memahami perasaanku...(cewah mcm nak tulis novel, leh tutup gerai kalau pembaca novel membaca, jgn cilok ok..hehehehh)

cittt...!!

Sewaktu pergi memang kene tinggal gan jiran, sib baik adik aku bijak dengan kawanyer nonet..menyusupi setiap pelusuk ibu kota...akhirnya kami sampai jua..walaupun ibuku menyuruh kami pulang...kalau aku yang drive ketika itu..sure aku undur diri berpatah balik..(pompuan katakan, kecot)...

Remis dikuis..dikorek..dikutip...ada saiz kecik dan besar...fikiran ligat berkata (mcm mana nak makan sedangkan bende ne kecik dan terlalu halus)...aku biarkan saja jawapanku itu tanpa soalan...walaupun penat kami sekeluarga dan jiran terasa bahang kemesraan...begelak ketawa dan beramah mesra...aku lihat riak wajah ibu aku begitu gumbira....alhamdulilah...

Destinasi selepas ini, PD, seremban.....moga-moga hajat ibu, aku tunaikan dengan segera....>>> kumpul duit..yihaaaaaaaa.....

Isnin, 16 Mei 2011

B.o.s.a.n + S.a.n.g.a.p

Mood : Selekeh !!

Arine tak berapa nak ok coz hari senin kan..macam-macam bende wat tak kene...dengan kata singkat jiwa kacau...orang wat lawak aku ambik serius...orang serius aku anggap lawak...memang nak kene maki jawapnyer...

Tengahari makan laksa...laksa belambak-lambak tapi kuah sikit...macam siamang...asa macam nak tercekek aku menelanyer..sok sok kalau kene lagi memang aku masuk dapur isi sendiri kuah gamaknyer..kasi tercengang beliau...boleh?

Muka pun dah macam serigala ne..OUT !

Rabu, 11 Mei 2011

Macam-Macam Cerita

Lama tak update blog…selalu bukak pastu tutup just nak tengok berapa ramai yang dah add dan info daripada kawan-kawan..hampir nak mati bila aku nengok dua blog melucah…naik gerun pulak aku nak bukak blog sendiri…anyware tq coz sudi tambahkan nilai prend’s dalam blog ne..hik hik hik (segan bebeno!)

full stop !

Selang sehari yang lepas..aku mimpi gigi atas aku retak pastu terus patah..banyak darah yang keluar..rasa nak pitam..agak-agak apa alamat yang nak jadi…rasa kecamuk pulak perasaan ne..ngadu gan mak..mak kata ko kumur 3 kali pastu baca selawat terus hembus…doa..moga-moga dijauhkan dari bala petaka..mak aku kata lagi syaitan laknat tu..ecehceceh

full stop !

Masuk ne 3 hari anak buah usia 5 tahun duduki peperiksaan penggal pertama…asa kesian pun ada coz baru je masuk sekolah tadika dah nak pereksa…boleh ke die menjawab??...aku pulak asa tak keruan…sbb aku tak suka duduki peperiksaan..kalau tak lulus sure kene basuh…tapi berita yang aku terima dari mak semalam sungguh hampa….anak buah aku leh cakap senang je..sungguh belagak beliau…mentang-mentanglah pala otak die bijak die leh kata begitu..aku asa nak tujal-tujal je kalau jumpa nanti…sebab apa bijak sebab bila mama die ajo kalau tak paham memang kene tengking…kalau aku diperlakukan sedemikian kompom aku nangih terus lari masuk bilik air..asa nak tencinglah coz kene sergah macam tu..sib baik mak aku ne baik..masa ajo dolo-dolo just eja je pastu sebuat ayat tu…senangkan..walaupun tak berapa bijak tapi aku dah usaha sampai kehari ini..keje yang aku dapat pun memberangsangkan dari ******** yang ada….ehh terpanjang lebar plak puji diri…(namo belagak..hik hik hik)

habis sudah !

Dah-dah gi wat keje..merapu je…aikkk…

Jumaat, 22 April 2011

Hari Jadi Saya ( 22 April 2011 )

Arine genaplah usia saya 27 tahun...(namo malu2 buh usia dlm blog) kini saya rasa dah lebih matang walaupun ada tikanya saya menyampah dengan sikap gedik saya...Ramai yang sudi wish..saya rasa terharu dan ada kalanya ingin menitiskan air mata...selalunya saya tak sambut besday saya...dalam keluarga ada tiga insan yang sabut tahun yang sama 1. saya : 22.4.2011, 2. abg sulung : 25.4.2011, ibu : 28.4.2011..selalunya kami akan sambut masa besday ibu kami..senang sikit cerita sambut sekali tiga orang...save bajet pun ya...

Hope semuanya berjalan dengan lancar....coz arine saya nak pulang kekampung bertemu dengan ibu dan nenek yang amat saya winduiii....

Faridah ayu binti Ishak, hepy hepy hepy besday pada diri kamu, moga kamu diberi keberkatan dunia dan akhirat, cepat2 dapat jodoh, sehat tubuh badan, dijauhkan segala bencana, dimurahkan rezki, panjang usia, dan ceria2 selalu...miahahhaha...sekian terima kasih ...