Azizi & Ayu

Azizi & Ayu

Rabu, 28 Oktober 2009

Heppy Besday Yatie.. pisss!!

Arine gua tak keje..coz sambut besday member gua semalam..dah lame gua plan nak buat mcm ne tapi masa jek tak mengizinkan bz teramat2 sangat ( padahal cuti gua dah nak habis the the the..) shok jugaklah semalam mcm2 aktiviti dibuat..antaranyer jeng..jeng...huuu...main tiup2 lilin le n berpozing tak hingat dunia..pas semua dh penat melayan kerenah perangai mcm gampang..aktiviti mengatal n mengedik beroperasi..YM dibukak untuk melihat aksi2 kaum adam bergumbira...memang tak ingat punyelah..mcm2 perangai..tapi gua gan kawan2 gua layankan jek..wlupun gua tau jam menunjukkan kul 4.30 pagi..

Mata gua dah layu tahap gaban..memandangkan ade segelintirnyer tak leh nak membuta..jadi dengan adil semua tak dibenarkan menjemah jendela suram...sampailah kul 6.00 pagi..azan berkumandang menyuruh anak2 adam menunaikan ibadah bersahur..ehhh acah je menunaikan solat..dengan rakusnyer gua menunaikan ibadat dan berdoa supaya semuanyer berjalan lancar..dengan berkat doa gua pagi2 lagi ujan rahmat turun..menandakan gua diharuskan menjadi suriumah tangga yang setia ( aduhh x leh nak jalan ermm cedih )..alhamdulilah..

Perut dah bunyik2..awatlah member2 gua tak moh kedapo ne masak pe yg patut..nak gua buat muke selamber tak patut jugak..gua telanlah ape yang ade..huarghaaaaaaa (mak nak balikk.....)

nota : turun 2kg akibat naik tangga semalam sampai tingkat 15..memang menguji prestasi ketahanan fizikal minda gua..huuuu..semoge panjang umur n dapat jodoh yang sebagusnyer...

Selasa, 27 Oktober 2009

Sengal

Tenang jiwa gua bila terbaca rintihan shahdu yang di karang penulis blog H..C?? lu fikir arr sendiri siapa..sejak awal pagi tadi otak gua beserabut dengan pesekitaran alam di bangunan gua bekerja..ditambah dengan suara makcik sebalah gua bernyanyi2 dengan lagu cakpong..cakpong..naik geli taik telinga gua mendengarnya..nak gua saun tak patut..nak gua diam makin menjadi..gua angkat bontot bla menuju kesatu sudut dimana gua leh cari ketenangan..jiwa gua meronta2 mendapat kenikmatan…

Selesai aktiviti bersenam dan berdoa..pengumuman secara gampang diajukan oleh si galah
“ wajib setiap ari selasa memakai baju rasmi mara..tapi ada diantara kita berdegil..tindakan akan diambik sekiranya ingkar” baru arine gua tak pakai baju tuh dah nak saun2.selama ne gua pakai dengan penuh gayadan sopan tak nak plak dipuji..mcm cilakak ko hidup didunia permai ini..ditambah lagi dengan peminjam2 yang ingkar naik bingit idung gua menghidu..gua pedulikkan jek..

Gua jeling kiri kanan lampu terbuka menandakan perempuan itu dah balik..gua sedia tahankan telinga gua tuk terima lagu dari tempoloknyer..tenangkan diri..tenangkan diri..sebab malam ne gua nak g berpoya2..huuuuu disco..disco..


nota : kalau rase nak meradang lompat tingi2..kasi emosi stabil..the the the..

Selasa, 20 Oktober 2009

Tips Pengurusan Marah

Cara yang terbaik untuk meredakan kemarahan adalah dengan mengambil wudhu’ setiap kali perasaan itu datang. di samping membaca ayatul qursi, zikrullah, istiqhfar serta sentiasa mengigatkan diri bahawa kemarahan itu adalah dari api dan api itu adalah asal kejadian syaitan. Kita harus menutup pintu kemarahan kerana apabila kita marah syaitan akan berpesta dan itulah cara mudah untuk dia mempengaruhi kita.Bermakna orang yang sedang marah adalah dikuasai oleh syaitan. bagi memadamkannya ia perlukan air. Air wudhu’lah yang harus kita gunakan bagi membanteras sikap mazmumah di dalam diri kita oleh sikap marah melampau.

Salah satu cara lagi ialah dengan membisikkan kepada diri sendiri dan katakan mengapa aku mesti marah? apa untungnya aku mara?

Orang yang marah sebenarnya mempamerkan kebodohannya, jadi mulai hari ini, tanamkan sikap untuk menahan rasa marah dan cuba senyum dengan senyuman paling manis biarpun hati sedang mendidih dengan kemarahan.

Cubalah berjenakan dan anggap masalah itu cuma hiburan. jangan begitu serius semasa bekerja ( terlampau memikirkan kerja sehingga sukar memahami orang lain )kerana ini akan menyebabkan anda sering tertekan.. Dengan itu sikap yang sebegitu keras akan menekankan perasaan orang. Sekaligus menjauhkan orang lain dari kita dan itu akan mengundang tekanan dalam diri. Kurangkan aktiviti yang menekan minda, carilah perbualan yang positif dan jangan cuba berbual perkara yang negetif seperti mengumpat orang, menyebarkan fitnah dan lain-lain. Ini kerana berita-berita kosong akan menyakitkan minda dan jiwa seterusnya akan meletuskan rasa amarah yang teramat..

Kalau rasa tertekan dengan kerja, cubalah bertenang, rehatkan minda seketika dan cuba buat sesuatu contonhya melukis, menulis dan lain-lain tapi jangan pula ambil kesempatan sehingga mengabaikan tugas kita yang sebenarnya.

nota : marah itu sahiton.......YALLAH..his3x..

Jumaat, 16 Oktober 2009

Papadom di panggung SEKARANG!!!

Papadom adalah cara saya untuk membawa ketengah satu masaalah besar kehidupan saya yang datangnya dari kelemahan diri saya yang sebenar. Saya takut untuk menjadi macam Saadom tapi cara Saadom bekerja di awal filem PAPADOM adalah saya. Apa yang saadom buat di pertengahan filem adalah apa yang afdlin shauki sanggup lakukan untuk anak dia.

Life is ultimately about balance. Life should be lived well spiritually and physically. These are the things that i still have not managed to achieve in my life. It's like knowing that smoking is bad for you but you cannot stop. I AM A WORKOHOLIC. i have a problem which stems from my passion to create and share my ideas with the world. I know i have I have to prioritize what is important to me but i am a person who believes that whatever i am doing and whomever i love are IMPORTANT. I wish that life was not that hard but i also realise that this is what life is about.I am nobody special. I am just like you.

I am just a man with a bunch of crazy ideas that i would like to see materialize into hopefully an entertaining piece of art. I DOn't know how long more i can keep this up though. I am not getting any younger and this business of trying to entertain people is very tough and taxing on my relationships and not too mention financially sapping especially living in Malaysia. I have to start thinking about my children and be there for them before they don't want me around anymore. They are my gems. What do i do???...

Gua agak confused dengan keadaan sekarang... tetapi gua masih mencari jawapan konflik hidup gua tu. Papadom is my thoughts and my worst case scenario take on the matter.

Sebelum saya mengundur diri, sekali lagi saya nak mengulangi permintaan saya :"

Papadom berada di pawagam bermula hari khamis 8 hb oktober semalam. Saya ada satu Permintaan ikhlas kepada penonton papadom.Buat sesuatu yang luar Dari biasa. Lepas tonton papadom, jika anda menyukainya... SMS atau talifon bapa, ibu, isteri, awek, boyfren atau anak anda dan kata pada mereka yang anda sedang mengenang mereka dan anda sayang mereka. Anda Akan merasai sesuatu yang menakjubkan. Dan anda akan buat seorang budak gemuk teramat happy.

"Power to the People. Love for all.

Afdlin Shauki Come see what makes afdlin shauki tick.....tock....tick!!


nota : Luahan ati dan perasaan Afdlin Shauki...Chayokk beb !!!...gua baru je nengok filem lu tadi dipawagam berhampiran..memang menyayat ati..pergorbanan seorang bapa terhadap anaknyer yang dikasihi akibat daripada kesalahan yang dilakukan sewaktu kemuncak perniagaan berkembang...isteri tercinta pergi untuk selamanya..

dalam riuh rendah gua ketawa bersama rakan2..tregedis menyayat ati singah diati kecil gua..gua teringat arwah ayah gua sewaktu gua dialam remaja..titisan demi titisan air jernih membasahi pipi gebu ini..betapa gua teramat2 merindui dirinya, belaian kasih sayang dan kekuatan selama ini membesarkan gua.." ayahda jika dikau masih ada akan ku balas segala pergorbanan mu membesar dan menjaga aku " hanya dengan iringan doa yang mampu ku berikan kepadaMu ayahda "..insyallah kita akan dipertemukan suatu ari nanti.....LOVE U SO MUCH !!..

Rabu, 14 Oktober 2009

1 Jam..

Semalam sekali lagi gua tido hanya 1 jam..pelik jugak gua rasa..ermm fikir balik mungkin kesan sampingan ubat yang gua mencekik sejak akhir2 ini..nak dijadikan cerita gua godek2 hp no. 013 pastu capai no. 012 gua nengok ada m.call nombor memang gua tak cam..( mangkuk mane plak yang gatal mlm2 buta ne, no. 012 ne tak ramai yang tau )..gua mcall no. 013 gua..ada tindak balas..gua kasi msj ;-

gua : boleh bekenalan?? (ayat simbolik gua nak sarkap jarang die)

bro : sapa ne? mana dapat nombor?

gua : (aik….soal gua plak)..tadi lu yang mcall no. 012xxxx...boleh gua bantu..hehehe

Tanpa membuang masa terus call gua..gua tanye sapa? di kasi tau nama dia man..dalam otak gua ligat fikir nama kawan2..rasanya ada tapi x kan die x kenal gua..lps gua habis membebel bro tu ckp no.hp gua sama dengan dia cuma satu no. je bertukar..

gua : 012-24(2)64xx (no. belakang yg sama, rahsia)

bro : 012-24(3)64xx (no. belakang yg sama, rahsia)

Gua jadi hairan, siap nak beli no hp gua..mane boleh beb no. gua suka tu…kononyer gua malas nak layan..tapi bro tu nak berkenalan..umur 26, keje tarik kate rosak, duk Melaka ( lezer dol mulot org sana jgn mare!!), gua x heranlah semua tu..yang pasti gua ckp gua budak sekolah baru lepasan SPM..klu gua ckp gua dah dewasa panjang plak citanyer..layan punya layan gua rase bro ne dah lobeh siap x segan silu ckp bende bukan2..sah2 meroyan..gua layankan jugak memandangkan bijik mata gua tak leh nak lelap..puas gua ckp gua nak masuk tido..tapi tetap degil nak layan gua..diakhir perbicaraan bro mintak maaf klu terckp tah apa2..gua yekan je sbb gua x berminat dengan manusia yang tah apa2..gua of f fon..terus masuk jamban sbb tak tahan dengan bau busuk mulot die..(dlm fon leh bau ekk!! fikir arr sendiri pe gua buat the the the…)


nota : kalau ada org mcall atau msj dengan nombor yang x pasti, abaikan je..anggap tersalah nombor..hanya org gedik santai je yg layan mcm gua mlm tadi….hampeh..

Selasa, 13 Oktober 2009

Mataku....

Arine gua rase tak sehat akibat daripada tido malam gua diganggu..bukan diganggu oleh en abg atau pun momok durjana mahu pun mimpi2 indah tetapi diganggu oleh bonda tercinta..dialog :-

bonda : maya…maya…bangun adik ko tak balik lagi

gua : ermm..(terus raba2 hp dan mendail nombor yang dikehendaki) tut..tut..panggilan tidak dijawab setelah lebih kurang 10 kali aku mendail..

gua : tak angkat bonda

bonda : manelah pegi adik ko ne…risau bonda

gua : ade tu kat bawah dengan kawan2 die..(nak sedapkan ati bonda sedangkan ati sendiri takut terjadi yang bukan2..pe lagi serapu serapah gua memohon kepada ALLAH dilindungi segala musibah)..

m/s : bonda terus membuka pintu menjenguk ke sana dan kemari..masih jugak tiada bayang ditemui..memandangkan kesihatannyer tidak berapa elok akibat menyantap buah durian sebanyak 7 ulas..darah tinggi bonda tinggi..masuk ne 3 ari bonda mengalami kepeningan.. risau..risau..

bonda ; call lagi adik tu maya

gua : yer..tak jawab bonda (mata dah mula celik seluas2 alam..mampos gua kali ne..gua tengok jam baru pukul 1.30pagi)

m/s : setelah beberapa jam kemudian..kelibat yang dikehendaki tiba..tuk..tuk...as’mualaikum..pe lagik memang kene sembur arr gan bonda gua..

adik : member orang aceden tadi..orang hantar kat sepital..teruk bonda tangan patah, lutut terkoyak nampak tulang, kepala berdarah..

bonda : mcm mane boleh jatuh?? orang langgar ke jatuh sendirik??

adik : jatuh sendirik pastu kate langgar..

gua : adeh ngilu2nyer rase otot2 gua..ditambah gan nurse orr docg. yang mcm hampeh cucuk cine cucuk sana..harapanlah budak tu

bonda : cuba beringat sikit apa yang berlaku ne..jadikan satu pengajaran..ingat pesan bonda ne sikit..dah pergi tido..

gua : secara amnyer gua golek sini golek sana serba tak kena..gua bukak tv layan cita melayu w/pun semua canel dah rosak..tak boleh jadi 3.30pagi ujan membasahi bumi..sejuk2..gua ingat boleh tido gampang sungguh mata ne x nak lena2..

m/s : keesokkan paginya…

bonda : maya..maya bangun dah pagi tak pegi keje ke??

gua : haa dah lewat ke?? nengok jam kul 6.45pagi..mengelupur gua bangun mandi..siap semua bederomm gua bawak kate laju2..kasi resss pagi ne..7.35pagi gua sampai opis..sambil ditemani bro2 yang hensom..huuuuu



nota : gua gantok..gua gantok…gua mau tidor….
(m/s : monolok sendiri)

Isnin, 12 Oktober 2009

macam - macam

Lama betoi gua tak update blog ne,..banyak bende gua nak cita tapi stay tergantung tak bertali..baru2 ne gua ditimpa satu kecelakaan dimana kate kawan gua (kak tine) rosak ditepi hwey jalan kuching..gua tak tau lah ape masalahnyer..member gua ckp beteri rosak..member gua ne guna bateri kate kering..gua pun tak tau yang selama ne ade bateri jenama kering..bunyi mcm tah paper padahal gua baru tau the the the..nak dijadikan cerita gua nak tunjukkanlah skill kehandalah gua membaiki bateri tu..gua goncang2, gua usik sana sini, gua tarik wayar nampak mcm pelik coz beteri kate gua beteri basah..gua suh die stat ermm hampeh tak boleh..gua rase klu beteri ne rosak satu bende pun tak boleh nak buat.
Member gua punya muka dah cuak gila..al-maklumlah pompuan..tapi gua tetap menten cume sedikit terkejut arr sbb tak penah berlaku..nasib baiklah member gua sorang ne (kak zai) ada adik makenik dan menuju ke jalan kejadian..cantik arr..sambil menunggu gua tayang2 muka dengan memakai baju keparat (komprat ) MARA manelah tau ade orang nak tunjuk hero..tunggu punya tunggu sorang bro pun x mau berhenti..cilakak sungguh..penat gua basah muke dengan pasir berdebu..

Tunggu punyelah lame..hati dah mule gelisah sbb hari makin lame makin gelap..datang dua orang mamat ne ( askar ) ingin membantu tapi nasib tak menyebelahi..yang tak sangka tu sempat lagi mintak no.fon konon2nyer nak mintak keje MARA..hampeh sungguh..tak lame kemudian sorang bacha indu datang..keadaan menjadi kecoh disebabkan indu tu paksa2 member gua (kak tine) terima kate tarik syarikat die bayaran dikenakan RM 100.00 isee mahal sungguh..

Jam menunjukkan pukul 8.30 mlm tak setel2 lagi..tibe adik kawan gua datang die ckp cas beteri rosak..insyuran dipanggil untuk diberi kecemasan..mcm biaselah gua diarah untuk duduk bersama2 mamat kren tersebut dan dua orang akak2ku duduk didalam kate..cewah dah mcm naik angkasa lepas gua tengok disebabkan hadapan kate diangkat..

Tibanyer gua dirumah member gua..gua tanye best naik kate angkasa lepas..member gua ckp pening kepala aku mcm nak muntah the the the..gua tanye2 sikit..gua terus blah sbb gua dah tak tahan menahan perut yang berkeroncong..sampai umah hampir pukul 10.00mlm..mak gua dah risau2..tapi gua muka sadin..gua makan, mandi, solat terus gua tido..keesokkan hari kami bergerak seperti biasa dengan menaiki kate gua..

-------------------------------------------------------------------

Dalam gua buntu menyelesaikan masalah..seorang minah ne membebel membuat telinga gua naik bingit..silap2 hari bulan maunyer gua lempang mulot die..disebabkan gua masih ada sifat kehormatan gua tahankan jugak tangan ne..

Gua tak kisah kalau geng2 die datang memekak ditepi telinga gua..gua rase tak elok ada sifat halau menghalau ne..tapi time member gua datang memekak mulut die mcm bangkai menghalau..lu tengok lah pompuan bila gua rase tak tahan gua saun lu tepat2..kasi lu malu…sabar..sabar…

______________________________________

Gua ade terima satu berita buruk baru2 ne..ade sorang pompuan sial menuduh gua dan kawan2 gua membuat keje kotor..( meniru tandatangan pegawai untuk disahkan pulang awal semasa pulang berhari raya baru2 ne ) demi ALLAH gua tak penah buat keje sekutuk dan seburuk mcm tu..mengigil2 badan gua menahan kemarahan..

Dengar kate cerita ne dah dipengetahuan orang atasan dan kami akan dipanggil..gua tak sabar nak tunggu hari tersebut..gua tak salah buat apa gua nak takut..sekarang gua entii je gan pompuan sial tu..kalau gua dapat gua terajang die hidup2 kasi mampos..

Gua takkan maafkan kesalahan pompuan sial tu sebab membuat fitnah..gua doakan agar hidup lu dilanda masalah dan tak akan tenteram..lu sembahyang tonggang tonggek pun belum tentu ALLAH terima lu masuk SYURGA...menjejaskan identity gua sebagai penerima Anugerah Cemerlang betol..siap ko pompuan…

nota : dunia...dunia....boleh jadi gila..

Selasa, 6 Oktober 2009

28 September 2009






Inilah gambo sepupu gua..kononnya majlis risik merisik..takdelah gua nak datang..upernyer haa hambik ko dah mcm majlis pertunang pun ade..nak je gua sekeh pale die sampai senget2..sib baik dah selesai..
Sedih gak bile nengok die dah lepas 1 sepsi..la ne tinggal gua sorang je tak lepas2 lagi..harap2 bio lee cepat..idak le gua gigit ibu jari kaki..ngeh3x..doakan gua ekk kengkawan..
Hope lu dua olang itu heppy sampai akhir ayat woo..cowy arr gua tak dapat nak datang majlis lu..gua nak datang sebenarnya cuma masa je takde ( padahal gua x reti nak g umah die hushhhh diam)..nanti lu tawin gua gerenti habis2 'an arr tolong lu..insyallah the the the..
nota : klu nak kawin cepat..petuanya ( gedik-gedikkan diri tu cikit ) baru orang nampak huuuu.....cowy beb gua ciplak lu punya gambo..buat kenangan gua..