Azizi & Ayu

Azizi & Ayu

Rabu, 11 Januari 2012

Ayat-Ayat Cinta

Cinta itu sebenarnya sangat berharga dan kita perlu mengambil masa yang mencukupi untuk mengenali seseorang itu sebelum melafazkan kata cinta kepadanya.

Apalah erti cinta jika sekadar lafaz di mulut dan bukan datang dari hati.

Pernahkan korang mencari sesuatu barang yang diperlukan tetapi tidak jumpa??? sebaliknya apabila barang itu tidak diperlukan, tanpa korang mencari, ia ada pula di depan mata.. Oleh itu, jangan terburu-buru mencari cinta kerana ada kemungkinan ia akan datang sendiri kepada kita ketika kita tidak lagi memburunya.

Hidup memang memerlukan cinta, tetapi cinta bukan segala-galanya di dalam kehidupan.

Jika kita kecewa bercinta, jangan disalahkan pada takdir kerana ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik pada diri seseorang insan itu. Di mata kita mungkin ia satu keburukan, sedangkan ada banyak hikmah tersembunyi di sebaliknya yang tidak kita sedari.

Tidak salah bersedih dan kecewa apabila putus cinta, namun jangan keterlaluan sehingga berfikiran serta bertindak mengikut perasaan. Banyak lagi keutamaan lain di dalam kehidupan ini dan bukan cinta semata-mata.Biarlah cinta itu pergi kerana cinta baru akan menyusuri dikemudian hari...

Tiada ulasan: