Bagi aku persahabatan lebih bermakna dari percintaan yang mengecewakan.
Insan yang lemah akan membiarkan cinta menguasai dirinya sehingga merana, insan yang bijak akan menguasai cinta hingga gagal membuanya kecewa.
Cinta itu ibarat nyamuk yang mengigit, dibiar sakit digaru terasa sedap.
Sebelum mencintai seseorang, cintailah diri sendiri terlebih dahulu. Ini kerana orang yang tidak menyayangi dirinya amat sukar untuk membahagiakan orang lain.
Jangan permainkan perasaan orang dengan cinta yang mengecewakan jika tidak suka perasaan kita pula dipermainkan orang lain.
Kejarlah cita-cita sebelum cinta, apabila tercapainya cita-cita, maka dengan sendirinya cinta akan hadir. Cinta itu cahaya yang menyirami kehidupan. Hidup menjadi suram jika orang yang kita cintai tidak turut sama menikmatinya.
Cinta itu adalah api, namun kita tidak akan pernah tahu sama ada api itu akan menghangatkan atau menghanguskan kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan