- Kepulangan Yang Dinantikan -
Laungan Allahuakbar dan selawat bergema sebaik 12 sukarelawan Malaysia yang ditahan tentera Israel, Isnin lalu tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini jam 6.10 pagi, semalam.
Pelbagai sepanduk tertera ayat ‘Selamat Pulang Wira-wira Malaysia; Keberanianmu Adalah Lambang Keberanian Malaysia’; Harum Namamu Wira Negara Telah Tercatat Dalam Sejarah dan Pengorbananmu Menjadi Inspirasi Seluruh Rakyat Malaysia’ turut dibawa ahli NGO.
Sejurus tiba, doa turut dibacakan sebagai tanda kesyukuran di atas kepulangan mereka. Semua sukarelawan tiba dari Istanbul dengan menaiki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) jam 5.40 pagi, selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Queen Alia, Jordan jam 11.20 pagi waktu tempatan (4.20 petang waktu Malaysia), Jumaat lalu.
ps : Halim Abdulah hensom jugak....heheh pejuang dibumi ALLAH.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan