Azizi & Ayu

Azizi & Ayu

Khamis, 10 Jun 2010

Panduan Menguruskan Stres !!

APAKAH DIA STRES?

Stres adalah reaksi terhadap tekanan yang berlebihan. Ia bukan penyakit. Namun
begitu, jika beban tekanan adalah tinggi dan berlaku dalam jangkamasa yang
panjang, ia boleh menjejaskan kesihatan. Merupakan tindak balas fizikal dan emosi
yang berlaku apabila kehendak kerja tidak standing dengan kemajuan, sumber atau
keperluan pekerja.

PUNCA STRES DI TEMPAT KERJA

Jenis kerja

- kerja yang menjemukan atau kerja yang berulang-ulang
- terlalu banyak kerja dan kurang masa

Tanggungjawab

- tiada tanggungjawab yang jelas (konflik tugas)
- bertanggungjawab terhadap kerja lain selain kerja sendiri

Hubungan rakan sejawat

- komunikasi tidak berkesan
- gangguan kerja (bullying) dan gangguan seksual

Persekitaran yang tidak selesa

- bising, panas dan sempit

Pengurusan dan organisasi

- budaya menyalahkan pekerja
- tiada sokongan terhadap kerja seperti peralatan yang tidak lengkap kenderaan,
kurang penghargaan dan tiada insentif
- kurang sokongan untuk meningkatkan kerjaya seperti tiada kursus dan sukar untuk
naik pangkat
- tiada penglibatan dalam membuat keputusan atau polisi

Ketidakseimbangan kerjaya dan rumahtangga

- waktu kerja yang tidak fleksibel

KESAN STRES

Stres akan menjejaskan kesihatan dan mengubah tingkahlaku anda kepada
tingkahlaku yang negatif.

Ia boleh menyebabkan

- sakit kepala, keletihan, berdebar-debar, masalah seksual
- gelisah, cepat marah, kerisauan berlebihan, hilang tumpuan dan motivasi
- tidak hadir kerja, merokok, mabuk, menyalahgunakan dadah

Kesan jangka panjang

- hipertensi, penyakit jantung koronari dan ulser peptic - kemurungan

CARA-CARA MENGURANGKAN STRES

1) Mengubahsuai punca stres dengan :

- penyelesaian masalah secara musyawarah
- perancangan kerja dengan baik
- pengurusan masa yang bijak
- berkomunikasi secara lebih berkesan
- mengubahsuai punca stres dalam organisasi seperti polisi, prosedur dan masa
yang tidak fleksibel

2) Mengelak stres dengan :

- elakkan beban kerja berlebihan
- mengetahui kemampuan sendiri
- menolak daripada membuat sesuatu yang melebihi kemampuan sendiri
- membuat kerja secara muafakat

3) Meningkatkan ketahanan diri dengan :

- mengamalkan cara hidup sihat (beriadah, makanan seimbang)
- merehatkan minda (lakukan amalan seperti senaman pernafasan dan relaksasi otot
secara progresif)
- meningkatkan ibadah (amalkan istighfar, selawat, zikir dan doa selalu)
- berfikir secara positif
- mampu (menerima kritikan dengan baik)

Tiada ulasan: