Azizi & Ayu

Azizi & Ayu

Isnin, 28 Jun 2010

IKBN, Dusun Tua, Selangor

Hari menghitung hari, bulan menghitung bulan, 5/7 ne adik kesayangan aku akan melanjutkan pelajaranyer di IKBN, Dusun Tua, Selangor, selama 2 tahun, rasa sedih bila die nak pegi, masa mula-mula dapat surat tawaran aritu, beria-ria aku suh die pegi, hasut die mcm-mcm, bila die dah terima tawaran tu, rasa windu mencekam didada, seolah-olah aku tak boleh berpisah dengan die, mana taknyer dielah wira dalam rumah tu, klu xde die sure aku gan mak aku ketakutan diwaktu malam dan hari-hari berikutnya, tingkat rumah aku sunyi, jiran sebelah pun tinggal dijohor, depan rumah tiada penghuni nak harap sebelahnya jarang-jarang ada dirumah, hope sangat-sangat semuanya dalam keadaan selamat, dan paling aku terasa dan teramat-amat sedih sekali, bila diwaktu aku didalam kesulitan dengan dielah tempat aku memerlukan pertolongan, die tak penah mengeluh dan membantah walau diarah kemana-mana, sangup bangun pagi menghantar dan menjemput aku apabila balik dari keje..



Sebagai seorang akak mana nak tengok adiknya susah diwaktu kelak, die lelaki, tanggungjawab die besar klu suatu hari nanti die digelar sebagai seorang suami, aku hanya mampu mendoakan agar die mendapat kejayan dunia dan akhirat, ikutkan ati tak rela nak hantar die minggu depan, kompom aku akan menangis, aku tak nak tengok die susah ati, nak timba ilmu mesti dalam keadaan tenang, tapi bila fikir balik lepas ne aku akan jarang berjumpa dengan die, entah tiga minggu, sebulan, setahun, ermmm.........tak dapat aku bayangkan, kini tanggungjawab dan perhatian sepenuhnya kepada mak terletak dibahuku, aku tak nak biarkan die bersendirian, insyallah mak sy akan usahan selagi termampu..

Aku mendoakan agar tiada bende-bende yang tidak diingini berlaku, mintak dijauhkan segala musibah walau dimana die berada..amin...tak dapat aku luahkan perasaan ini kepadanya, cukup dengan mencorit warkah syahdu diruang ini, akak sayang sangat-sangat pada adik.. : (

Tiada ulasan: